Motif peribadi terhadap isteri

Oleh – Syeikh Baran


Motif peribadi terhadap isteri
Mohd. Shuhaily bercakap pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. – Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Motif peribadi terhadap isteri dipercayai menjadi satu-satunya punca Hafizul Harawi, 38, melepaskan dua das tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan terhadap suspek mendapati, kejadian itu masih berkisar mengenai perihal peribadi.



“Setakat ini, tiada unsur lain. Motif masih berkisar tentang perihal peribadi.

“Kita akan bawa suspek pulang ke Selangor hari ini untuk selesaikan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mohd. Shuhaily memberitahu, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 19 Austria yang dipercayai dibeli secara haram dari negara jiran.

Menurutnya, polis bagaimanapun masih menyiasat sama ada pistol tersebut merupakan senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut atau sebaliknya.



“Kereta yang digunakan oleh suspek juga masih sama iaitu Honda Civic, namun telah ditukarkan nombor pendaftaran.

“Selain itu, kita turut merampas empat MyKad individu lain bersama suspek. Siasatan mendapati, salah satu MyKad itu digunakan untuk mendaftar masuk di sebuah hotel di sini. Itu menyebabkan kita sukar untuk mengesan suspek,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button