Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh pikap berhenti mengejut

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh pikap berhenti mengejut

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh pikap berhenti mengejut
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang juga pemuzik DBKL maut dalam nahas di KM98.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) arah Timur jam 4.45 petang semalam selepas merempuh pikap yang berhenti mengejut. Motosikal mangsa tercampak ke atas bahagian belakang pikap. – Foto IPD Temerloh

TEMERLOH: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh belakang sebuah pikap yang berhenti secara mengejut, selepas pemandunya cuba mengelak seorang wanita melintas lebuh raya.

Kemalangan berlaku di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Satu, dekat susur keluar Lanchang, dekat sini, jam 4.45 petang semalam.

Video nahas berkenaan tular di media sosial.



Mohd Haziq Ramli berusia 34 tahun yang menunggang Suzuki GSX-R1000 adalah seorang pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), maut di tempat kejadian akibat nahas itu.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh pikap berhenti mengejut
Penunggang motosikal berkuasa tinggi yang juga pemuzik DBKL maut dalam kemalangan di LPT1 selepas merempuh belakang pikap berhenti mengejut elak orang lintas lebuh raya.- Foto IPD Temerloh

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila seorang wanita berusia 35 tahun yang memandu sebuah jip telah berhenti di tepi jalan dan melintas jalan dari sebelah kiri ke kanan jalan.

“Akibat perlakuan wanita itu, sebuah pikap telah membrek secara mengejut.

“Dalam masa sama datang sebuah motosikal dari arah belakang terus merempuh bahagian belakang pikup tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.



Penunggang motosikal terjatuh di lorong laju manakala motosikal mangsa tercampak ke atas bahagian belakang pikap.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu wanita tersebut yang berhenti di bahu jalan dan melintas jalan,” katanya.

Katanya, satu tangkapan telah dibuat terhadap wanita tersebut untuk siasatan lanjut pada jam 4..40 petang semalam.

“Penumpang jip seorang warga China berusia 35 tahun turut ditahan di Pejabat Trafik Temerloh untuk ditahan reman,” katanya.



Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh pikap berhenti mengejut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading