Lelaki maut dilanggar komuter

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut akibat dilanggar komuter di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dekat Seputeh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 1.08 tengah hari tadi.

Katanya, siasatan polis di tempat kejadian mendapati mangsa dipercayai sedang berbaring di landasan kereta api berkeanan sebelum dirempuh komuter dari perjalanan dari Stesen Seputeh ke Stesen Salak Selatan.



“Mangsa yang tidak dapat dipastikan bangsanya, berambut pendek serta berbaju dan berseluar berwarna hitam.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG) dan tiada sebarang dokumen pengenalan milik mangsa ditemui di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dalam pada itu, katanya polis meminta mereka yang ada maklumat atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi IPD Brickfields di talian 03-22979222 bagi membantu pengecaman mayat.



Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak melintas landasan kereta api, sebaliknya menggunakan laluan pejalan kaki yang ditetapkan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button