Didakwa ‘Menganjing’ B40, Ryzal Durian Kimchi Dikecam Netizen

Pempengaruh terkenal Ryzal Durian Kimchi menerima pelbagai kritikan kerana memuat naik sebuah video seolah-olah menyindir golongan B40.

Menerusi video tersebut, Ryzal dilihat sedang bersiap dengan memakai pakaian dan aksesori mewah. Kemudian, dia bersama isterinya, Maryam serta anak perempuan mereka keluar ke pasar raya membeli keperluan dapur.

Bapa kepada seorang anak ini juga memasukkan lagu dari kumpulan Ukays berjudul Di Luar Kemampuanku beserta tajuk yang berbaur sindiran pada video tersebut.



Rutin kehidupan B40.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai warganet terasa dengan video yang dimuat naik Ryzal. Pada mereka ia seperti memerli golongan berpendapatan rendah itu, malah ada juga yang menasihatinya agar beringat tentang putaran hidup.

Sebelum Allah tarik rezeki abang, baik abang buat permohonan maaf. Ramai yang terasa ni. Macam mana nanti rezeki abang nak berkat.

Bila mana kekayaan itu berjaya menjadikan kita zuhud dan dekat dengan Allah, itu adalah nikmat. Tetapi jika sebaliknya, ia adalah bala.



Saya pun B40, memang terasa dengan apa yang dia buat. Tahu kami tak mampu nak hidup macam awak, tapi kami tak minta sedekah dan kamu usaha cari duit demi menampung keluarga.

Hidup umpama roda, kadang-kadang pasti di bawah.

 

 



@ryzalibrhmEpisod 1 rutin kehidupan

♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays

 



 

Sumber: TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button