Suspek ambil laporan kesihatan di hospital sebelum ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Suspek ambil laporan kesihatan di hospital sebelum ditahan
SUSPEK lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,ditahan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Suspek lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi kelmarin sempat ke hospital swasta untuk mengambil kesihatan sebelum ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bagaimanapun berkata, suspek ditahan sebaik keluar daripada hospital itu, 3 petang semalam.



“Apa tujuan laporan kesihatan sama ada mahu memohon visa atau sebaliknya, kita masih menjalankan siasatan.

“Bagaimanapun, suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital swasta berkenaan sebelum kejadian tembakan dan suspek hadir semalam untuk mengambil laporan,” katanya.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading