Elizabeth Tan keguguran

 

Oleh Razak Hasan

Elizabeth Tan keguguran
Lizzy keguguran Februari lalu.

Hasrat penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan menimang cahaya mata pertama masih belum kesampaian apabila mendedahkan mengalami keguguran sekitar Februari lalu.

Menurut Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, keguguran berlaku ketika usia kandungannya sekitar enam sehingga tujuh minggu.



“Sebenarnya saya mengalami keguguran pada dua bulan lalu, jadi sekarang saya masih mencuba (hamil). Saya mengalami pendarahan dan kemudiannya saya bertemu dengan doktor sebelum dimaklumkan bayi sudah tiada.

“Saya rasa saya okey berhadapan dengan situasi sebegitu tapi baru-baru ini saya sedar bahawa belum boleh melupakan.

“Saya tak tahu berapa lama lagi saya perlu menunggu untuk dikurniakan anak lagi,” katanya.

Ujarnya yang popular menerusi lagu Knock Knock, keguguran tersebut ternyata meninggalkan impak padanya apatah lagi dia dan suaminya sudah mencuba mendapatkan cahaya mata selama lima bulan.

Meskipun begitu, dia dan suami tidak akan pernah berputus asa berusaha untuk menimang cahaya mata sendiri.



“Perkara ini memang beri impak sebab perlu berdepan dengan kehilangan. Saya pun sudah umumkan kepada keluarga dan temat rapat saya tetapi gugur pula. Memang menyedihkan tapi saya tidak berputus asa.

“Jujurnya ketika saya melihat saya positif hamil, saya memang fikir hidup akan berubah tetapi tiba-tiba tak jadi. Kalau terlalu banyak bercakap tentang hal ini, saya akan menangis pula,” katanya lagi.

Terdahulu, Lizzy mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021 dan pernah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk hamil pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading