Puteri Sarah berjaya jejak lokasi Afiq ‘lelaki biadap’

 

Oleh Razak Hasan

Puteri Sarah berjaya mengesan lelaki biadab yang menyifatkannya sebagai barangan terpakai.

Tidak menunggu lama, pelakon Puteri Sarah mendedahkan berjaya menjejaki lokasi tempat kerja individu bernama Afiq yang melemparkan hinaan dirinya sebagai ‘barang terpakai’ atau secondhand.

Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, lelaki biadab itu tidak akan terlepas, tambahan pula nombor telefon juga sudah berada di tangannya.



“Mamat Afiq ini mesti tak pernah kena apa-apa kan. Sebab itu kurang ajar setiap masa dan dia ingat terlepas. Dekat dalam media sosial sahaja berani.

“Dah tahu tempat kerja dia dan dah ada nombor telefon pun. Ramai sakit hati dengan kau ni. Kau ingat ‘deactivate’ akaun, kes tutup?” katanya menerusi ciapan dalam platform X.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut berharap syarikat tempat individu tersebut bekerja mengambil tindakan membuang kakitangan berkenaan.

“Dengar kata tengah ‘training’ (latihan). Tolong buang staf toksik begini. Kalian (majikan) pun dah tahu perkara ini viral,” ujarnya.



Sebelum ini, Puteri Sarah berang dan berkongsi profil seorang individu dikenali sebagai Afiq Azni yang meninggalkan komen hinaan dalam hantaran videonya bersama pelakon, Bella Astillah dan adiknya, Didi.

Dalam video tersebut mereka mengikut trend lagu Alamak Raya, namun menerima komen nakal termasuk melabel Puteri Sarah dan Bella sebagai geng ‘secondhand’ disebabkan status mereka. – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading