Farah Lee Titip Pesanan Buat Rakyat Malaysia Isu Daud Kim Kutip Derma Bina Masjid Di Korea! [VIDEO]
“Berhati-Hati…
Farah Lee Titip Pesanan Buat Rakyat Malaysia Isu Daud Kim Kutip Derma Bina Masjid Di Korea!
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai perkongsian penyanyi dan Youtuber Korea Selatan iaitu Daud Kim yang meluahkan hasrat bakal mendirikan sebuah masjid di Incheon, Korea.
Dalam pada itu, Daud turut menyediakan pautan di laman media sosialnya untuk meminta derma dengan menggunakan akaun peribadi bagi menampung proses pembinaan masjid berkenaan.
@jaehan9192 I bought a Land for Masjid in Korea finally 🇰🇷🕌❤️ My dream will come true . Please help me to build Mashid 🫶🏻 Paypal: [email protected] . #koreanmuslim #daudkim #ramadan
Tidak berdiam diri, personaliti media sosial yang juga aktivis Malaysia, Farah Lee tampil memberikan pesanan kepada rakyat Malaysia agar untuk tidak menyumbang ke mana-mana akaun bank persendirian walaupun untuk tujuan agama atau amal.
Kumpul Sumbangan Dengan Akaun Persendirian Adalah Haram Di Korea Selatan
Jelas Farah, mengumpul sumbangan melalui akaun bank persendirian secara jelas adalah haram di Korea Selatan, dan ianya hampir mustahil untuk mendapatkan semula dana sekiranya ia adalah penipuan.
“Sebagai seorang yang mahir dengan korea dan bahasa Korea, setelah tinggal di sana selama tahun, saya menyarankan kepada semua agar tidak menyumbang ke mana-mana akaun bank persendirian walau untuk tujuan agama atau amal.
Seorang pegawai dari Jung-gu, sebuah daerah di bandar Incheon menyatakan, individu tersebut menandatangani kontrak jualan tanah dan belum lagi mendapatkan hak milik. Walaupun masjid boleh dibangunkan, keadan semasa menyebabkan untuk mendapatkan kebenaran menjadi sukar.”-jelas Farah
“Tanah Yang Dimaksudkan Adalah Kawasan Hijau Dengan Nisbah…”
Tambahnya lagi, individu terlibat memberitahu salah seorang wartawan syarikat televisyen di Korea, bahawa dia merancang untuk membuat bangunan yang boleh digunakan untuk tujuan membuat konten, mungkin dengan membina ruang solat atau seumpanya di dalamnya.
“Tanah yang dimaksudkan adalah kawasan hijau dengan nisbah bangunan-ke-tanah sebanyak 20% dan nisbah kawasan lantai sehingga 80%, Walaupun kebenaran diberikan, bangunan yang bakal dihasilkan dijangka sangat kecil, berkisar dari 65 hingga 100 m2.”-tulis Farah
Rakyat Malaysia sememangnya sangat pemurah, namun berhati-hatilah sebelum memberikan sumbangan agar tidak menjadi mangsa penipuan…
Farah Lee Titip Pesanan Buat Rakyat Malaysia Isu Daud Kim Kutip Derma Bina Masjid Di Korea! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ops Lalang: Bekas Hakim Gesa Kerajaan Mohon Maaf Cara Terbuka, Kenapa Bukan Mahathir Yang Mohon Maaf
- Titah Adendum: Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Titah Adendum YDP Agong
- DS Zahid Sahkan Titah Adendum Tahanan Rumah DS Najib Wujud
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah