Menjadi kesalahan dan Teladan buruk jika kerajaan tidak akur dekree YDPA

Oleh Adam Malik.

Seorang Peguam terkenal , Hanif Kathri telah memberi kenyataan berkaitan titah tambah (addendum) yang sedang hangat diperkatakan.

Pendapat Hanif Kahtri ,jika ada kebenaran dan wujudnya dekree dari pihak Yang diPertuan Agong yang menitahkan supaya Datuk Seri Najib Razak dibebaskan dan baki hukuman dijalankan dari rumah, maka menjadi satu kesalahan jika kerajaan tidak melunaskan titah tersebut.



Namun, pada pendapat HK, ia mesti dipastikan terlebih dulu jika benar ada titah sedemikian.

Selain itu HK juga berpendapat pihak kerajaan perlu membuat penjelasan berkenaan isu ini dan tidak boleh berdiam diri .

Peguam DSNR , Tan Sri Shafie Abdullah juga telah mendesak supaya dekree ini diakur, sambil DSNR sendiri telah memfail kes berkenaan nya.



Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi sudah pun menandatangan affidavit untuk mengesahkan titah diRaja itu.

Apa yang sangat dikhuatiri adalah kes ini membabit perlembagaan negara dimana “Kesetian kepada Raja dan negara” adalah rukun kedua negara.

Tidak akur kepada titah diRaja adalah perlanggaran kepada hukum kedua negara.

Bagaimana kerajaan mahu mendakwa dan menghukum rakyat narhaen yang menghina atau mencaci Raja Raja jika kerajaan memberi contoh dan teladan yang tidak baik dengan menyembunyi arahan YDPA?



Pada satu insiden berkaitan keputusan kontroversi yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara, Perdana Menteri Anwar Ibrahim pernah menyatakan beliau akur dan hormati keputusan itu.

Walaupun ketika itu ramai rakyat tidak puas hati keputusan yang dibuat bukan berkenaan “Separation of Powers” tetapi berkenaan kes rasuah seorang hakim.

Rakyat melihat dari sudut rasuah dan hakim tidak jujur dan hakim perlu tarik diri, sedangkan pihak penghakiman lihat dari sudut Separation of powers pula.

Kenyataan Anwar dibuat atas dasar tidak mahu melanggar dasar “Separation of Powers”, maka atas dasar yang sama pihak Eksekutif harus juga menghormati titah perintah diRaja.



Maka, benarlah saranan Hanif Khatri, sama ada mahu menafikan atau pun tidak, kerajaan harus buat ” statement” berkenaan dekree YDPA dan berterus terang dengannya.

Jika benar ada titah tambahan tetapi kerajaan tidak setuju, terus sahaja buat temujanji mengadap YDPA untuk mejelaskan sebab sebab nya, jika tidak, akur dan laksana sahaja titah itu.

Tindak tanduk kerajaan akan diperhatikan oleh rakyat, ia akan jadi teladan yang buruk jika tersilap langkah.

Bagaimana mahu menghukum rakyat marhaen yang mencerca dan tidak menghormati institusi diRaja jika kerajaan sendiri tunjuk teladan dan contoh yang tidak baik menafikan titah YDPA?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading