Syatilla Melvin Kongsi Detik Kelahiran Sarima Buat Netizen Terhibur!

“Aku Terkejut Lepas Doktor Tarik…”

Syatilla Melvin Kongsi Detik Kelahiran Sarima Buat Netizen Terhibur!

Syatilla Melvin Kongsi Detik Kelahiran Sarima Buat Netizen Terhibur!

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin membuat perkongsian istimewa sempena hari lahir puteri keduanya, Sarima Samheizy, pada Rabu.

Kongsi Detik Melahirkan Sarima

Syatilla, menerusi hantaran di Instagram, sempat mengimbas kembali detik kelahiran Sarima pada lima tahun dahulu yang mengakui rasa terkejut apabila melihat wajah Sarima yang sangat ‘copy paste’ wajah suaminya, Shaheizy Sam ketika itu.



“Masih tak boleh lupa 5 tahun lepas, aku terkejut lepas doktor tarik Sarima keluar dari perut, sebab walaupun umur dia tak sampai 1 minit masa tu, muka dia dah sebijik Sam 🤣🤣. Memang tak sia-sia bapak pulun nakkan Sarima dulu 😂.

Sayang bubu kakak mima, bubu doakan dunia akhirat yg paling terbaik untuk kakak ❤️ selebihnya biaq bubu simpan sendiri. happy birthday sayangku.”-tulis Syatilla di Instagram

 

“Tak Perlu DNA Memang Sah Anak Sam”

Perkongsian Syatilla dibanjiri dengan komen netizen yang memberikan ucapan hari lahir buat Salama, malah ada yang sempat berseloroh puteri kedua pelakon ini tidak memerlukan ujian genetik atau ujian DNA yang sememangnya mirip wajah Sam.

“Tak perlu DNA memang sah anak Sam 🤣 Comey mima happy birthday mima!.”



“Kalau tercicir mana-mana, orang tak gaduh tanya dah anak sapa. Orang terus pi antaq kat umah 😂.”

“Dia keluar dari mesin fotostat 😂.”

“Dagu paling mahal 😂 happy birthday sayang ❤❤.”

“Happy birthday mima sayang 😍 moga menjadi anak yang solehah, belajar rajin-rajin, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah swt ❤️❤️.”



Sekadar info, Syatilla dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Syeriv, Samheizy, Sarima Samheizy, dan Salama Samheizy.

Syatilla Melvin Kongsi Detik Kelahiran Sarima Buat Netizen Terhibur!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading