Lelaki ditahan tipu maklumat sijil kelahiran ‘anak’
Oleh – Syeikh Baran
Seorang lelaki tempatan ditahan semalam, kerana disyaki menggunakan maklumat palsu pada sijil kelahiran ‘anaknya’ ketika membuat permohonan pendaftaran kelahiran 16 tahun lalu.
“Hasil siasatan mendapati suspek dengan sengaja mengemukakan mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan pendaftaran kelahiran pada 8 Mei 2008.
“Suspek disyaki melakukan perbuatan itu 11.33 pagi di kaunter Bahagian Kelahiran JPN Kuala Lumpur dan tarikh kelahiran dicatatkan pada borang adalah pada 21 April 2008,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan yang ketika itu dilahirkan di sebuah hospital swasta, diberikan sijil kelahiran berdasarkan maklumat palsu diberikan oleh suspek.
“Suspek selaku pemaklum kelahiran disyaki dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu mengenai ibu dan bapa bayi berkenaan ketika itu.
“Hasil siasatan lanjut mendapati ibu dan bapa (kandung) kepada bayi berkenaan tidak merujuk kepada suspek terbabit,” katanya.
Sementara itu, dua lelaki berusia 59 dan 39 tahun ditahan kerana disyaki dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu pada permohonan daftar lewat kad pengenalan di kaunter Bahagian Kad Pengenalan JPN Putrajaya pada 8 September 2018.
Suspek mengemukakan maklumat palsu pada borang permohonan JPN.KPN01 menggunakan sijil kelahiran sebagai kad pengenalan diri, manakala salah seorang suspek berperanan sebagai penganjur permohonan.
“Suspek berkenaan tanpa sebab munasabah mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan daftar lewat kad pengenalan oleh itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25 (1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
“Kesemua suspek akan dituduh di mahkamah mengikut pertuduhan masing-masing dalam masa terdekat,” katanya.
Sumber – HARIAN METRO