Rampasan syabu bernilai RM1 bilion

Oleh – Syeikh Baran


Rampasan syabu bernilai RM1 bilion
Marcos (tengah, berbaju putih) memeriksa rampasan dadah itu. FOTO AFP

Filipina merampas 1.8 tan kristal methamphetamine, kata Presiden Ferdinand Marcos, Selasa lalu.

Polis menemukan dadah terlarang itu, dianggarkan bernilai lebih AS$230 juta (kira-kira RM1 bilion), Isnin lalu, semasa menggeledah sebuah van di wilayah Batangas, selatan Manila. Pemandu van itu ditahan.



Marcos memeriksa tangkapan dadah itu pada Selasa itu dan berkata ia adalah “penghantaran syabu terbesar yang pernah ditangkap” di Filipina.

Syabu adalah nama tempatan untuk kristal methamphetamine yang murah dan sangat ketagihan.

“Tetapi tidak seorang pun maut, tiada siapa yang mati, tiada tembak-menembak, tiada siapa yang cedera,” kata Marcos kepada pemberita.

“Kami melakukan operasi dengan berhati-hati. Itu pendekatan yang betul, bagi saya, itu harus menjadi pendekatan dalam perang dadah.”



Polis sedang mengesan sumber dadah, tetapi Marcos berkata, ia bukan dibuat secara tempatan.

Beribu-ribu orang terbunuh dalam operasi antidadah di bawah bekas presiden Rodrigo Duterte, mencetuskan penyiasatan antarabangsa terhadap dakwaan pencabulan hak asasi manusia.

Perang dadah berterusan di bawah kepimpinan Marcos, walaupun beliau lebih menekankan kepada pencegahan dan pemulihan.

Lebih daripada 600 orang terbunuh dalam pembunuhan berkaitan dadah sejak beliau mengambil alih kuasa pada Jun 2022, menurut angka yang disusun oleh Dahas, sebuah projek penyelidikan yang disokong Universiti Filipina.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading