Wanita Singapura ditemukan mati dengan 30 kesan tikaman

Oleh – Syeikh Baran


Wanita Singapura ditemukan mati dengan 30 kesan tikaman
AUDREY Fang Dirou. FOTO Facebook

Lelaki warga Singapura ditahan di Sepanyol, selepas wanita senegara yang dilaporkan hilang, ditemukan mati dengan kesan tikaman, lapor media Sepanyol.

The Straits Times melaporkan, mangsa, Audrey Fang Dirou, 39, dilaporkan ditikam lebih daripada 30 kali.



Mayat mangsa ditemukan pada 10 April di kawasan hentian lori di Abanilla di wilayah Murcia, kira-kira 150 kilometer (km) dari sebuah hotel yang menjadi lokasi kali terakhir dia dilihat, menurut Olive Press.

Mayat Fang ditemukan oleh seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk bersarapan di sebuah restoran terletak berhampiran lebuh raya.

Sementara itu, suspek ditahan pada 16 April oleh Pengawal Awam di wilayah Alicante, dan mereka kemudiannya memindahkan lelaki itu ke Murcia.

Media Sepanyol melaporkan bahawa suspek menginap di sebuah hotel di Alicante, iaitu tempat dia ditahan.



Mayat disahkan sebagai Fang pada 17 April, iaitu seminggu selepas penemuan mangsa.

Fang mengembara sendirian ke Xabia, Sepanyol, dan tidak dapat dihubungi sejak 10 April.

Dia meninggalkan Singapura pada 4 April dan dijangka pulang ke negaranya, pada 12 April.

Rakan kepada keluarga mangsa, Lee Si Hui, 30, mengesahkan penemuan mayat Fang ketika dihubungi The Straits Times, pada 18 April lalu.



Katanya, keluarga Fang tidak dapat berkongsi banyak maklumat buat masa ini kerana polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Lee sebelum ini pergi ke Sepanyol bersama abang dan sepupunya untuk mengesan keberadaan Fang.

Menurut Lee, Fang kali terakhir dilihat di kamera litar tertutup (CCTV) hotel pada 8.45 malam, 9 April waktu tempatan Sepanyol.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading