Langit Dubai bertukar warna hijau selepas banjir besar

Oleh – Syeikh Baran


Langit Dubai bertukar warna hijau selepas banjir besar
LANGIT Dubai bertukar menjadi hijau ketika hujan lebat berlaku di Dubai, Selasa lalu. – Foto X/@Angryman_J

Penduduk kota raya Dubai menyaksikan fenomena aneh langit berubah menjadi warna hijau ketika cuaca buruk melanda Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor portal berita Daily Express semalam.

Walaupun sesetengah kawasan menjadi gelap pada waktu siang,  sebahagian penduduk terpesona melihat pemandangan langit berwarna hijau.



Ia merupakan kejadian yang jarang berlaku selepas cuaca buruk melanda UAE pada Selasa lalu.

Seorang saksi menulis di platform X: “Saya jarang memuat naik video  tetapi langit di sini bertukar hijau hari ini (Selasa lalu) dan kelihatan begitu menakutkan seperti dalam filem sains fiksyen.”

Pada Selasa lalu, Dubai mengalami hujan paling lebat pernah direkodkan apabila pusat beli-belah dan jalan-jalan  raya dilanda banjir kilat, manakala seorang penduduk disahkan terkorban.

Hujan lebat itu turut menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ditenggelami  air sehingga menjejaskan operasi penerbangan. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading