Beri anak perempuan duit poket hampir RM100,000

Oleh – Syeikh Baran


Beri anak perempuan duit poket hampir RM100,000
GAMBAR fail menunjukkan sebuah kedai pakaian di China. – Foto AFP

Seorang bekas pengacara televisyen China, Li Xiang yang kini menjadi ahli perniagaan wanita  mengundang pelbagai reaksi kerana memberikan elaun bulanan kira-kira 150,000 yuan (RM99,075) kepada anak perempuannya, Angela Wang Shiling, lapor portal berita VnExpress kelmarin.

Xiang, 48, juga membelikan pakaian jenama berprestij kepada anak perempuannya yang berusia 14 tahun itu.



Akhbar The South China Morning Post melaporkan, bekas pengacara itu berpegang kepada pepatah Cina dahulu kala tentang cara untuk membesarkan anak.

Pepatah itu menyatakan bahawa walaupun anak lelaki harus dibesarkan dalam situasi jimat cermat, namun anak perempuan harus menikmati kekayaan harta benda.

Selepas menyiarkan gambar anak perempuannya sedang bercuti pada akhir Mac lalu di media sosial, netizen mendedahkan kos pakaian Wang.

Mereka menyatakan bahawa pakaian bercorak kotak ungu anak perempuannya itu berharga  25,337 yuan (RM16,735), blaus putih berharga 13,754 yuan (RM9,084),  manakala harga skirt yang dipakai pula ialah 14,478 yuan (RM9,564). 



Selain itu, harga aksesori Wang pula sekitar  39,815 yuan (RM26,303).

Beberapa netizen mengkritik tentang pakaian mahal anak perempuannya, manakala sebilangan lagi  mengidamkan gaya hidupnya yang mewah. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading