Gua Musang, Pasir Mas cecah suhu 37 darjah Celsius

Oleh – Syeikh Baran


Gua Musang, Pasir Mas cecah suhu 37 darjah Celsius
Gambar Hiasan

Empat daerah di Pantai Timur termasuk Gua Musang dan Besut dijangka menerima suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius selama tiga hari sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca panas dengan suhu diantara 35 hingga 37 darjah Celsius turut melanda Tuaran Sabah.



“Daerah Gua Musang, Tanah Merah dan Pasir Mas di Kelantan serta Besut, Terengganu serta Tuaran, Sabah sahaja dikesan mengalami cuaca panas pada tahap satu itu.

“Suhu maksimum harian diantara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut,” ujar MetMalaysia.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk selama tiga hari berturut-turut melibatkan semua negeri Semenanjung dan beberapa tempat di Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran cuaca buruk yang terdiri daripada hujan lebat, angin kencang dan ribut petir itu dijangka berlaku terutamanya pada sebelah petang sehingga ke awal malam.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading