Pura-pura beli untuk isteri sebelum bawa lari rantai emas

Oleh – Syeikh Baran


Pura-pura beli untuk isteri sebelum bawa lari rantai emas
Gambar Hiasan

Taktik seorang pemandu lori berpura-pura membeli barang kemas untuk isterinya sebelum membawa lari rantai emas di Kedai Emas Tanah Merah, di sini membawa pada apabila dia ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang merupakan pekerja kedai emas berkenaan.



Menurutnya, kejadian berlaku ketika seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun datang ke kedai berkenaan pukul 12.30 tengah hari kononnya mahu membeli rantai emas untuk isterinya.

“Pekerja kedai emas tersebut mengeluarkan tiga utas rantai leher dan meletakkan di atas meja untuk dilihat oleh suspek.

“Suspek berpura-pura menghubungi isterinya sebelum mengambil satu rantai emas bernilai RM 7,774 dan memasukkan ke dalam poket seluar tanpa disedari pekerja berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, suspek memberitahu pekerja terbabit bahawa dia mahu membuat pengeluaran wang di bank sebelum beredar.



“Pengadu yang curiga dengan kelakuan suspek memeriksa televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam premis dan mendapati suspek mencuri rantai emas,” ujarnya.

Mohd. Azam berkata, suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran berjaya ditahan dalam serbuan di tepi Jalan Ampang Waterfront, di sini.

“Siasatan awal mendapati rantai emas berkenaan sudah dipajak namun polis berjaya memperolehnya semula.

“Suspek direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” jelasnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading