Rasanya Bapa Mertua Yang Tak Tahu Di Mana Menantu Lebih Bodoh

Rasanya Bapa Mertua Yang Tak Tahu Di Mana Menantu Lebih Bodoh

Rasanya Bapa Mertua Yang Tak Tahu Di Mana Menantu Lebih Bodoh

 

Pengerusi Perikatan Nasional yang juga merupakan presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, memang terkenal sebagai seorang bermulut longkang.

Sama ada itu memang sifat semulajadi beliau atau beliau sering gagal mengawal perasaan, penulis tidak dapat pastikan.



Atau mungkin juga beliau seorang yang suka bercakap tanpa berfikir.

Sikap Muhyiddin yang malas berfikir pernah didedahkan oleh pemimpin veteran dari UMNO, Tengu Razaleigh Hamzah.

Dalam isu titah adendum YDP Agong berhubung tahanan di rumah kepada DS Najib, Muhyiddin berkata kerajaan mesti bertanggungjawab kerana engkar mematuhinya.

Muhyiddin juga berkata, penafian kerajaan itu menyerlahkan kebodohan kerajaan pimpinan perdana menteri, Anwar Ibrahim.



“Mereka bodoh, tak faham, tak tahu, baru-baru ini soal isu pengampunan DS Najib.”

“Sebuah kerajaan perlu bertanggungjawab, bila perdana menteri ditanya titah adendum, dia kata dia tak tahu.”

“Apa hal Perdana Menteri Malaysia tak tahu, apa maknanya?”

“Dia memang betul-betul bodoh dan tak tahu,” kata Muhyiddin.



Dalam isu ini, penulis bersetuju sekiranya dikatakan adalah sangat menghairankan sekiranya perdana menteri tidak tahu sama ada titah tersebut wujud atau tidak.

Namun kenyataan Anwar bahawa beliau tidak tahu adalah tidak tepat.

Yang turut hadir di dalam persidangan Lembaga Pengampunan adalah Peguam Negara dan juga salah seorang menteri kabinet beliau.

Kalau pun ianya tidak dimaklumkan secara rasmi di dalam mesyuarat kabinet, sudah pasti Dr Zaleha sudah memaklumkan kepada beliau secara peribadi.



Namun, melabelkan kerajaan dan perdana menteri bodoh adalah kebiadapan yang keterlaluan.

Lebih memalukan apabila label itu diberikan oleh seorang yang sepuloh kali ganda lebih bodoh.

Urusan pentadbiran kerajaan adalah satu urusan yang besar berbanding urusan pentadbiran keluarga.

Tidakkah Muhyiddin merasa tersangat bodoh apabila kononnya beliau tidak tahu di mana menantunya berada dan membiarkan anak perempuan sendiri digantung tidak bertali?



 

Rasanya Bapa Mertua Yang Tak Tahu Di Mana Menantu Lebih Bodoh

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button