EPL: Pemain balas kepercayaan Klopp
EPL: Pemain balas kepercayaan Klopp
LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui keputusan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap para pemainnya terbalas apabila mereka berjaya meraih kemenangan 3-1 ke atas Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin.
Kemenangan tersebut memastikan pemburuan Liverpool untuk menjulang gelaran EPL terus menyala apabila mengumpul mata yang sama dengan pendahulu liga, Arsenal selepas kedua-dua pasukan gergasi EPL itu meraih 74 mata ketika berbaki lima perlawanan.
Trent Alexander-Arnold dan Diogo Jota berjaya menjaringkan gol pertama mereka selepas selepas tempoh dua bulan, manakal Ryan Gravenberch meledak gol pertamanya dalam saingan EPL.
“Semua pemain ini mempunyai kualiti yang hebat. Kadang-kadang momentum itu ada dan adakalanya ia hilang, tetapi kualiti yang mereka pamerkan tetap luar biasa.
“Apapun, keputusan yang kami capai pada hari ini sangat penting. Saya suka dengan persembahan yang mereka tunjukan pada hari ini. Kami perlukan lima lagi aksi seperti ini dan kami perlu berjuang untuk perlawanan seterusnya,” kata Kloop.
Selepas ini, Liverpool akan berdepan Everton pda 25 April ini dan seterusnya berkunjung ke West Ham (27 April) sebelum melayan kunjuan Tottenham pada 5 Mei nanti. – AGENSI
EPL: Pemain balas kepercayaan Klopp
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Boleh Hadi Beritahu Apa Yang Beliau Dan PAS Sudah Bantu Rakyat Palestin?
- Kerana Enggan Ikut Nasihat Najib, Akhirnya Sapura Energy Terlepas Ke Tangan Asing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja