Mangsa kemalangan utamakan ‘selfie’

Oleh – Syeikh Baran


Mangsa kemalangan utamakan ‘selfie’
Kemalangan berlaku di kejiranan Lomas Del Mirador, Cuernavaca – New York Post

Dua mangsa kemalangan kereta di Mexico mengundang rasa ingin tahu orang ramai kerana merakam swafoto berhampiran kenderaan mereka yang terbalik,  lapor akhbar New York Post semalam.

Kemalangan itu berlaku di kejiranan Lomas Del Mirador, Cuernavaca pada Sabtu lalu.



Dua daripada lima wanita yang dilaporkan berada di dalam kereta itu mengalami kecederaan.

Ketika masih bergelut selepas kemalangan berlaku, seorang wanita berlumuran darah mengambil telefon bimbitnya dan berswafoto bersama rakannya yang juga cedera.

Selepas polis tiba untuk membantu mengalihkan mangsa kelamalangan sambil menunggu bantuan perubatan tiba, mereka sekali lagi merakam  swafoto.

Wanita itu tetap bergambar meskipun salah seorang daripada mereka hampir tidak boleh berjalan dan terpaksa dipapah oleh anggota  polis.



Kedua-dua wanita itu kemudian dihantar ke hospital berdekatan. — AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button