Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan

Oleh – Syeikh Baran


Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan di sini pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia, pada lima tahun lalu.

Peguam, Datuk Rajpal Singh yang mewakili Paul, 54, berkata, notis rayuan telah difailkan pada bulan lepas.



“Bagaimanapun, setakat ini tiada tarikh diberikan oleh mahkamah, untuk pengurusan kes tersebut,” katanya ketika dihubungi media, pada Rabu.

Ketika prosiding lalu, beliau berkata, pasukan pembelaan akan berhujah mengenai perkara undang-undang dalam rayuan terakhir kelak.

Katanya, ini akan menjadi salah satu kes paling jarang difailkan di Mahkamah Persekutuan, membabitkan pertuduhan rogol.

Pada 27 Julai 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, Datuk Abdul Wahab Mohamed mendapati Paul bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di bilik rumahnya di daerah tersebut, antara jam 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.



Susulan itu, dia yang merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Perak dihukum penjara 13 tahun serta dua sebatan.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman bagi pihak pembelaan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Abdul Wahab ketika membacakan penghakimannya berkata, pembelaan hanya bersifat penafian semata-mata dan suatu pengiraan bersifat pemikiran.

Ketika memberikan keterangan membela diri secara bersumpah, Paul menyatakan bahawa dakwaan rogol tersebut adalah satu konspirasi politik bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan kelebihan tiga undi.



Turut dipanggil sebagai saksi pembelaan ialah isterinya, Too Choon Looi dan bapa saudara mangsa.

Paul dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 23 Ogos 2019 dan diperintah untuk membela diri atas pertuduhan tersebut pada 7 Disember 2021.

Pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi daerah sama.

Perbicaraan kes telah bermula pada 5 April 2021 dengan 23 saksi termasuk dua saksi terlindung telah dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan.



Pada 1 Mac lalu, Mahkamah Rayuan mengurangkan hukuman penjara terhadap bekas pemimpin parti DAP ini, berkait kes merogol pembantu rumahnya, dikurangkan daripada 13 kepada lapan tahun.

Bagaimanapun, panel tiga hakim yang diketuai Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail mengekalkan hukuman dua sebatan ke atas ahli politik itu.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading