Sambutan Gawai kali ini tanpa Joanna

Oleh – Syeikh Baran


Sambutan Gawai kali ini tanpa Joanna
Johny menunjukkan gambarnya bersama Joana ketika menyambut Hari Gawai pada tahun lepas.

Panggilan telefon bagi memaklumkan dia mahu pulang pada Hari Gawai tidak lama lagi menjadi perbualan terakhir antara Joanna Felicia Rohna dan bapa saudaranya, Johny Mayi.

Menurut Johny, 56, dia dan anak saudaranya itu jarang berhubung, tetapi pada Rabu lalu pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghubunginya bagi memaklumkan perancangan untuk pulang bercuti bersama keluarga di kampung.



“Dia beritahu rindu keluarga dan ingin pulang ke kampung pada Hari Gawai nanti,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Joana di Kampung Sumpas Tampek, di sini.

Menurut lelaki itu, kali terakhir mereka menyambut Hari Gawai bersama mendiang adalah pada tahun lepas.

Justeru, dia tidak menyangka tragedi dua helikopter TLDM terhempas ketika raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi semalam yang dilihat di media sosial turut meragut nyawa anak saudaranya itu.

Bagi dua adik mendiang, Honey Vivianne Lovv, 16, dan Diyyane Yanz Love, 14, pesanan kakak mereka yang meminta supaya menjaga ibu bapa, datuk nenek dan belajar bersungguh-sungguh akan sentiasa diingati.



“Kakak ada menghubungi saya pada Sabtu lalu dan berpesan supaya menjaga ibu bapa, datuk nenek dan belajar rajin-rajin,” kata Diyanne.

Bagi datuk dan nenek mendiang, Tumbo Usen dan Rindung Milo, sebuah kereta Proton Saga peninggalan mendiang kepada mereka untuk kegunaan seharian akan sentiasa dikenang.

Kenderaan tersebut dibeli oleh mendiang untuk mempermudahkan urusan mereka yang kini berusia 70 tahun untuk pergi ke klinik dan aktiviti harian yang lain.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading