PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM
PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM
Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan, tarikh penamaan calon untuk pilihanraya kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu adalah pada 27 April ini.
Pakatan Harapan/Barisan Nasional sudah membuat keputusan untuk meletakkan Pang Sock Toa (DAP) sebagai calon.
Untuk rekod, Pang Sock Toa adalah pembantu kepada salah seorang pemimpin kanan DAP, Nga Kor Ming.
Walau pun kajian dari pelbagai pihak mencadangkan supaya Pakatan Harapan/Barisan Nasional meletakkan calon Melayu, tetapi Pakatan Harapan masih yakin meletakkan calon bukan Melayu.
Antara sebab mengapa calon Melayu dilihat lebih berpeluang ialah senario terkini politik tanah air adalah berbeza dengan ketika PRN 6 negeri dyang lepas.
Namun sebagaimana yang penulis katakan, Pakatan Harapan pasti ada pertimbangan sendiri dan penulis ucapkan good luck.
Di pihak Perikatan Nasional pula, penulis difahamkan masih belum ada kata sepakat di antara mereka.
PAS dan Gerakan masih lagi bertegas untuk meletakkan calon mereka dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Masing-masing mempunyai alasan tersendiri untuk menyokong hasrat mereka.
Manakala PPBM pula dilihat tidak memberikan sebarang respon agresif dalam kemelut penentuan calon dari Perikatan Nasional.
Namun begitu, bukan lagi rahsia, PPBM juga sebenarnya berminat untuk meletakkan calon mereka.
Maklumat yang penulis terima sangat mengejutkan.
Walau pun tidak menunujukkan respon yang agresif, penulis difahamkan, calon Perikatan Nasional untuk PRK Kuala Kubu Baharu adalah dari PPBM.
Pemimpin PPBM dikatakan sedang giat melobi dengan menggunakan alasan agar hubungan retak antara PAS dan Gerakan tidak menjadi belah dan akan menjejaskan parti.
Sekiranya berita yang sampai kepada penulis adalah betul, nampaknya PAS dan Gerakan berputih mata untuk meletakkan calon masing-masing.
PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM
Di Syorkan Untuk Anda:
- Shahril Hamdan Mula Merisik Untuk Kembali Kepada UMNO
- Formula Rafizi: RM3.86 Bersamaan 1USD Ekonomi Teruk, RM4.78 Bersamaan 1USD Ekonomi Mantop
- Pengundi India Akan Menjadi Faktor Penentu Kemenangan Di PRK DUN Kuala Kubu Baharu