Piala Uber: Malaysia benam Australia aksi terakhir

Piala Uber: Malaysia benam Australia aksi terakhir

Piala Uber: Malaysia benam Australia aksi terakhir
JIN WEI menyumbang mata pertama negara ketika membantu Malaysia menewaskan Australia 4-1 untuk muncul pasukan ketiga terbaik Kumpulan B. – SABRI HASSAN/BAM

KUALA LUMPUR – Skuad badminton wanita negara menepati ramalan apabila menewaskan Australia 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala Uber 2024 yang berlangsung di Chengdu, China.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menamatkan cabaran pada kejohanan dwitahunan berkenaan sebagai pasukan ketiga terbaik peringkat kumpulan, namun gagal melangkah ke pusingan kalah mati.

Bagaimanapun, Australia kembali menyamakan kedudukan 1-1 apabila gandingan Setyana Mapasa-Angela Yu melakar kejutan dengan menewaskan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing menerusi aksi straight set 21-15, 21-17.



Tersentak dengan kekalahan dialami Pei Kee-Mei Xing, Wong Ling Ching yang turun sebagai perseorangan kedua kembali meletakkan Malaysia 2-1 di depan hasil kemenangan 21-16, 21-3 ke atas Sydney Tjonadi dalam tempoh 31 minit.

Kemudian, beregu kedua negara, Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi dipaksa bermandi peluh sebelum menewaskan Kaitlyn Ea-Gronya Sommerville dalam aksi tiga set 21-12, 13-21, 21-10 bagi memastikan Malaysia mendahului 3-1.

Siti Zulaikha Muhammad Azmi yang diturunkan buat kali pertama pada Piala Uber kali ini melengkapkan kemenangan pasukan negara apabila menyumbang mata keempat selepas menang mudah 21-10, 21-10 ke atas Isabella Yan.

Sebagai rekod, Malaysia sudah mengalami dua kekalahan sebelum ini, termasuk tewas 1-4 kepada Taiwan pada aksi pembuka tirai selain dibelasah Thailand 0-5 Isnin lalu.



Kegagalan skuad wanita melangkah ke suku akhir memang sudah dijangka apabila tidak menyenaraikan beregu No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang sedang melakukan persiapan bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024. – KOSMO! ONLINE

Piala Uber: Malaysia benam Australia aksi terakhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada yang dapat tahanan rumah, kenapa Najib tidak dapat?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button