Rafizi Kena Removed Dari WhatsApp Menteri Madani?

Rafizi Kena Removed Dari WhatsApp Menteri Madani

Rafizi Kena Removed Dari WhatsApp Menteri Madani?

 

Menjelang Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Baharu, pihak kerajaan dilihat masih bergelut untuk meneutralinasikan isu pengurangan subsidi petrol dan diesel.

Rakyat kini berada dalam keadaan resah apabila tular berita kerajaan akan melakanakan pengurangan subsidi terhadap petrol dan diesel.



Keresahan rakyat sememangnya berasas kerana Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sendiri sudah mengumumkannya.

Sebagai Menteri Ekonomi, sudah tentu beliau mempunyai kredibiliti dan autoriti untuk mengumumkannya.

Menurut Rafizi, subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara.

Kerajaan perlu menguruskan urutan pemotongan subsidi, dengan risiko inflasi meningkat walaupun sebelum ia dilaksanakan.



Sudah menjadi kelaziman, apabila harga petrol dan diesel naik, maka hampir keseluruhan harga keperluan harian akan turut naik.

Alasan yang digunakan oleh peniaga adalah kenaikan harga petrol dan diesel telah menyebabkan kenaikan harga barang asas.

Tetapi entah di mana silapnya, kenyataan Rafizi dilihat seolah-olah disanggah oleh jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi.

Menurut Fahmi, kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.



Fahmi juga menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga bahan bakar itu.

“Saya meneliti perkara itu dan saya boleh sahkan di sini saya ahli Jemaah Menteri, kita belum bincang perkara ini pun.”

“Jadi, don’t put the cart before the horse atau jangan umum sesuatu perkara itu sebelum kerajaan umumkan,” kata Fahmi.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku?



Seorang menteri kata kerajaan tetap akan melaksanakan pemotongan subsidi ke atas bahan bakar tersebut pada tahun ini.

Sementara seorang lagi berkata, setakat ini belum ada perbincangan di peringkat kabinet mengenai perkara itu.

Yang mana satu betul?

Adakah Rafizi mengeluarkan kenyataan sendirian tanpa merujuk kepada kabinet dahulu?



Atau Rafizi sudah dikeluarkan dari grup WhatsApp menteri kabinet?

 

Rafizi Kena Removed Dari WhatsApp Menteri Madani?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button