Kerani rugi RM108,540 kerana pelaburan Bitcoin

Oleh – Syeikh Baran


Kerani rugi RM108,540 kerana pelaburan Bitcoin
Seorang kerani kerugian RM108,540 selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan Bitcoin yang tidak wujud dalam talian. Gambar hiasan

Seorang kerani kerugian RM108,540 selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan Bitcoin yang tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang telah menerima dua laporan polis dari daerah Kuantan mengenai kerugian terbabit.



Menurutnya, mangsa, seorang ibu tunggal berusia 37 tahun telah berminat untuk menyertai satu skim pelaburan saham yang dijanjikan keuntungan lumayan melalui laman sosial Instagram, awal Mac lalu.

“Mangsa membuat pelaburan sebanyak RM109,540 dengan membuat 26 transaksi ke 15 akaun bank berlainan.

 

“Wanita terbabit mula tersedar telah ditipu setelah suspek meminta pelbagai bayaran tambahan untuk pelaburan tersebut sebelum mangsa dapat mengeluarkan keuntungan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar beliau, sumber kewangan mangsa adalah dari wang simpanan dan pinjaman dari keluarga dan rakan.



Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dalam talian.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” tambahnya.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button