Halalun Toyiban Versi PAS

Halalun Toyiban Versi PAS

Halalun Toyiban Versi PAS

 

Pemimpin parti PAS memang sangat terkenal dengan sikap yang suka menunggang agama demi untuk kepentingan politik mereka.

Sekiranya sesuatu isu itu mendatangkan keuntungan kepada politik mereka, maka mereka akan memberikan hujah.



Sebagai sokongan kepada hujah yang mereka berikan, maka dalil dari Al Quran serta hadis akan ditafsirkan mengikut keperluan mereka.

Manakala sekiranya dalam isu yang agak sama, manakala senarionya berbeza dan tidak memberikan keuntungan politik mereka, maka akan diberikan hujah yang baharu.

Dan sebagaimana biasa, hujah mereka itu akan disertakan dengan dalil yang akan ditafsirkan bersesuaian dengan kehendak mereka.

Dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baharu, berlaku 2 isu yang sama, tetapi senarionya berbeza.



Calon dari kerajaan adalah seorang yang bukan beragama Islam dan dari parti DAP.

Manakala calon dari Perikatan Nasional adalah seorang yang beragama Islam dan dari parti PPBM.

Ketika ditanya oleh wartawan kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim mengatakan, pengundi mestilah mengundi calon yang mempunyai ciri-ciri seorang Muslim.

Tetapi apabila ditanya bagaimana pendirian PAS sebelum ini yang pernah menyeru pengundi untuk mengundi calon yang bukan Islam, dengarkan apa penjelasan beliau.



@acik.mantera

Halalun Toyiban Versi PAS (1)

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Agak-agaknya, apa pula hujah Tuan Ibrahim sekiranya ditanya, adakah calon yang mempunyai hutang yang tidak dibayar menepati syarat ciri-ciri yang beliau tetapkan.



Terlupa pula penulis, PAS sendiri pernah diheret ke mahkamah kerana tidak membayar hutang.

Tapi, mungkin calon bukan Islam yang Tuan Ibrahim mahukan adalah seperti di bawah ini.

@acik.mantera

Halalun Toyiban Versi PAS (2)



♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

 

Halalun Toyiban Versi PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button