Halim Othman Bimbang Dengan Keadaan Anak Yang Alami Depresi
Halim Othman Bimbang Dengan Keadaan Anak Yang Alami Depresi
Sebelum ini Halim Othman tidak mahu memberikan sebarang komen tentang anaknya, Myra Natasya yang mendakwa dirinya adalah anak luar nikah.
Halim Othman Dedah Myra tinggal sendiri dan lebih setahun tak jumpa…
Saya mohon media dan masyarakat bertenang dan beri kami ruang untuk selesaikan isu ini. Kalau boleh saya tak mahu ulas panjang kerana ia hanya akan membuatkan masalah ini berlarutan.
Saya bimbangkan kesihatannya sebab dia sekarang alami tekanan. Dia tinggal sendiri dan hampir lebih satu tahun kami tak berjumpa. Semua mesej dan panggilan tidak berjawab. Begitu juga yang dihantar oleh ibunya.
Saya dengan ibunya akan cari jalan selesaikan hal ini.
Myra memilih untuk menyendiri…
Halim dalam pada itu turut mengakui sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan anaknya. Bagaimanapun, akan tetap bersama Myra kerana itu anaknya.
Saya bimbang dengan keadaannya dan saya juga risau dengan pengaruh-pengaruh tak sihat, yang mungkin mempengaruhi dia mencetuskan sensasi untuk mendapatkan perhatian orang,
Walaupun kami sedih dengan kenyataan yang dikeluarkannya, hujung pangkal dia tetap anak kami.
Ibunya juga memaklumkan perkara yang sama, dia alami depresi. Kebelakangan ini banyak menyendiri jauhi keluarga.
Apapun, kita serahkan sahaja masalah keluarga ini kepada Halim Othman dan isteri. Semoga segala urusan dipermudahkan dengan hendakNya.
Kredit: Utusan Online
Halim Othman Bimbang Dengan Keadaan Anak Yang Alami Depresi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Sampai Masanya Muhyiddin & Hadi Berundur
- Punca Kekalahan PN Di PRK Kuala Kubu Baharu
- Parti Islam jenis apa yang akur dan tali barut kepada Kluster mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :