MARA peruntuk RM15 juta untuk Program PUMP

MARA peruntuk RM15 juta untuk Program PUMP

MARA peruntuk RM15 juta untuk Program PUMP
IBU Pejabat MARA di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. FOTO arkib NSTP

Kuala Nerus: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan RM15 juta bagi program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-Petronas (PUMP) bermula 2022 hingga tahun ini.

Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peruntukan tersebut telah memanfaatkan 35 usahawan yang membabitkan 46 cawangan pusat servis kenderaan di bawah jenama PUMP di seluruh Malaysia.

“Keberhasilan ini sangat memberangsangkan dan memberi impak tinggi apabila nilai jualan usahawan di bawah PUMP mencecah RM50 juta dengan penawaran 320 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya pada Majlis Perasmian PUMP Kuala Nerus di Outlet PUMP RS Auto Technology Sdn Bhd di sini hari ini.



Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd Mohd Zameer Zahur Hussain.Asyraf Wajdi berkata, PUMP merupakan program khas berstruktur merangkumi latihan keusahawanan, pembiayaan perniagaan, khidmat nasihat dan pemantauan berkala daripada MARA dan Petronas.

Dalam pada itu, menurutnya MARA juga menyasarkan untuk menubuhkan 25 lagi cawangan pusat servis kenderaan di bawah jenama PUMP itu di seluruh negara pada tahun ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS




Bagi Terengganu pula, katanya sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukkan bagi membantu tujuh usahawan automotif yang membuka pusat servis kenderaan.

Beliau berkata, RS Auto Technology Sdn Bhd merupakan antara usahawan pantai timur yang telah menerima kemudahan pembiayaan daripada MARA Terengganu sebanyak RM500,000 bagi kerja-kerja ubah suai bengkel yang lebih kompetitif dan berdaya saing serta lebih sistematik.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi, berkata MARA menerima peruntukan sebanyak RM390 juta bagi melaksanakan pelbagai program pada tahun ini.

Menurutnya daripada jumlah tersebut, RM185 juta telah dibelanjakan bagi pembiayaan perniagaan dan RM25 juta diperuntukkan untuk program latihan keusahawanan dan program khas yang memberi manfaat kepada 6,650 usahawan seluruh Malaysia.



MARA peruntuk RM15 juta untuk Program PUMP

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button