Robot Humonoid Akan Jadi Penyumbang Terbesar Pendapatan Tesla

Robot Humonoid Akan Jadi Penyumbang Terbesar Pendapatan Tesla

Robot Humonoid Akan Jadi Penyumbang Terbesar Pendapatan Tesla

Baru-baru ini Elon Musk memberikan teaser robot humonoid akan dikeluarkan oleh jenama kereta elektrik terkemuka, Tesla. Robot ini juga dikhabarkan akan dipasarkan pada tahun depan.

Elon juga menjangkakan robot keluaran ini bakal menjadi penyumbang pendapatan majoriti kepada Tesla.



Menurut laporan Electrek, Elon Musk pernah mendakwa keluaran robot humonoid tidak mendapat penghargaan dan pengiktirafan yang sepatutnya.

Susulan itu, syarikat pengeluar juga merancang untuk gunakan robot berkenaan di fasiliti pengeluarannya juga.

Robot Humonoid ini juga dijangka terjual bermula pada harga USD25,000 dan yang lagi menarik, robot ini boleh buat tugas macam manusia biasa tau!

Robot Humonoid Akan Jadi Penyumbang Terbesar Pendapatan Tesla

Elon juga menjangkakan setiap isi rumah akan memiliki robot ini yang boleh membantu dalam melakukan tugas harian.

Berada di pasaran bermula tahun depan



Tesla juga berkata akan memanfaatkan kemampuan Artificial Intelligence (AI) yang digunakan dalam kereta pandu sendiri dalam penghasilan robot itu.

Sebelum ini juga, pihak daripada jenama itu menyatakan kereta elektrik yang dihasilkan adalah robot yang bergerak di atas jalan oleh itu mereka mahu menghasilkan produk yang sama dalam bentuk humonoid.

Jangan risau, tujuan robot ini dihasilkan untuk ambil alih tugas yang bahaya daripada manusia je. Wah lagi senanglah lepas ini..

Setakat ini, harga robot humonoid masih tidak didedahkan lagi. Tetapi Elon Musk menyatakan kos penghasilannya lebih murah berbanding separuh kereta.



Wah orang sekarang tak perlu dah lah nak panggil bibik. Tinggal beli robot keluaran Tesla je lebih senang.

Kredit: Electrek

Robot Humonoid Akan Jadi Penyumbang Terbesar Pendapatan Tesla

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button