Sudah Sampai Masanya Muhyiddin & Hadi Berundur

Sudah Sampai Masanya Muhyiddin & Hadi Berundur

Sudah Sampai Masanya Muhyiddin & Hadi Berundur

 

Kalau dibaca tajuk kepada artikel penulis kali ini, penyokong Perikatan Nasional pasti akan marah dan menuduh ianya keterlaluan.

Tetapi penulis meminta penyokong Perikatan Nasional yang terkenal dengan sikap taksub kepada pemimpin mereka berfikir secara rasional sejenak.



Sama ada mereka bersetuju atau tidak, punca utama kekalahan calon Perikatan Nasional di pilihanraya kecil Kuala Kubu Baharu adalah faktor 2 pemimpin utama mereka, Muhyiddin dan Hadi.

Kesalahan yang paling besar Muhyiddin lakukan adalah kerana meletakkan calon yang sedang dibelenggu hutang yang tidak berbayar.

Memang benar, demografi pengundi di DUN Kuala Kubu Baharu menunjukkan kawasan tersebut majoriti pengundinya adalah Melayu.

Tetapi pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu tidak sama dengan pengundi Melayu fanatik di Perlis, Kedah, Kelantan atau pun Terengganu.



Di 4 buah negeri tersebut, pengundi Melayu mudah digula-gulakan atau diperdaya oleh pemimpin yang berketerampilan ulamak.

Ianya berbeza dengan pemimpin di Kuala Kubu Baharu.

Mereka sudah selesa dengan pentadbiran Pakatan Harapan di negeri Selangor.

Pencapaian Amiruddin sebagai menteri besar Selangor juga cukup memberangsangkan.



Selangor adalah antara negeri yang paling banyak memberikan bantuan kepada rakyat negeri tersebut.

Muhyiddin Dan Hadi Akan Menguburkan Perikatan Nasional Dalam PRU 16

 

Sekiranya Perikatan Nasional mempunyai angan-angan untuk merampas Selangor, mereka perlu tampil dengan tawaran yang jauh lebih baik dari apa yang dinikmati rakyat Selangor sekarang.

Malangnya kesemua negeri yang ditadbirkan oleh Perikatan Nasional masih lagi gagal membawa perubahan yang mereka janjikan di dalam pilihanraya 6 negeri yang lepas.



Isu baharu mengambil alih kerajaan negeri tidak timbul kerana faktanya mereka sudah lama memerintah negeri-negeri tersebut.

Sebagai ahli politik yang berpengalaman, Muhyiddin dan Hadi telah gagal menyusun strategi untuk meyakinkan pengundi.

Sekiranya Muhyiddin dan Hadi dikekalkan sebagai pemimpin utama Perikatan Nasional, penulis yakin, dalam pilihanraya kecil yang akan datang, Perikatan Nasional akan gagal.

Malah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan, dalam PRU 16, Perikatan Nasional akan kehilangan banyak kerusi parlimen.



Sudah sampai masanya kedua-dua ahli politik veteran tersebut berundur kerana rakyat melihat mereka sebaris dengan Dr Mahathir.

 

Sudah Sampai Masanya Muhyiddin & Hadi Berundur

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button