Anak arwah Rahiza kerap tanya ibu

Oleh – Syeikh Baran


Anak arwah Rahiza kerap tanya ibu
Noraini menyantuni anak Allahyarham Noor Rahiza, Nur Qistina Afia (dua dari kanan) ketika menziarahi keluarga Allahyarh Pangkalan TLDM Lumut hari ini. – Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

Anak bongsu kepada Allahyarham Bintara Muda Nor Rahiza Anuar, 39, kerap bertanya tentang ibunya yang merupakan antara mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 23 April lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh suami Nor Rahiza, Mohd. Azinor Azizan yang berkata, dia dan ahli keluarga lain cuba menjawab segala pertanyaan anak tersebut.



Dia yang turut berkhidmat dalam TLDM berkata, keluarganya sudah mula beransur-ansur menerima kenyataan kehilangan Nor Rahiza.

“Kami sudah boleh menerima bahawa dia sudah tiada,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Keluarga itu merupakan antara 10 keluarga mangsa tragedi yang diberi perhatian oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi khidmat kaunseling.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, kebanyakan keluarga sudah menjalani dua kali sesi kaunseling.



“Ia tidak akan terhenti setakat ini sahaja selagi mana perlu ada perjumpaan tersebut, ia akan terus kita laksanakan,” katanya.

Pada kejadian pagi 23 April lalu, dua helikopter bertembung sebelum terhempas semasa menjalani acara raptai lintas hormat yang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut yang mengakibatkan 10 anggota TLDM maut.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button