Atlet bebas pilih Sukma atau Kejohanan Dunia – KOM
Atlet bebas pilih Sukma atau Kejohanan Dunia – KOM
KUALA LUMPUR – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menyerahkan segala keputusan kepada atlet muda menentukan hala tuju mereka sama ada mewakili negeri masing-masing pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak atau membawa cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.
Ketika ini, lima atlet negara telah meloloskan diri sejurus melepasi syarat kelayakan ditetapkan Olahraga Dunia (WA), tetapi timbul masalah apabila kejohanan dunia tersebut bertembung dengan tarikh penganjuran Sukma Sarawak.
Sukma Sarawak akan diadakan pada 17 hingga 24 Ogos, manakala Kejohanan Olahraga Dunia B-20 dijadualkan berlangsung dari 27 hingga 31 Ogos.
Pengarah Teknikal KOM, Robert Ballard berkata, pihaknya tidak memberi tekanan kepada lima atlet yang layak ke Peru dan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat keputusan mengenai masa depan sendiri.
“Kami ingin memberikan peluang kepada setiap atlet melakukan yang terbaik untuk negara dan diri sendiri. Kita enggan memaksa seseorang kerana akhrinya mereka tidak akan memberikan yang terbaik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Sampai Masanya Muhyiddin & Hadi Berundur
- Punca Kekalahan PN Di PRK Kuala Kubu Baharu
- Parti Islam jenis apa yang akur dan tali barut kepada Kluster mahkamah?
“Terdapat banyak pilihan di luar sana. Serahkan kepada mereka untuk memutuskan. Kami akan membentangkan tawaran kepada atlet berkenaan dan kemudian membiarkan mereka membuat pilihan.
Lima atlet remaja negara yang layak ke Peru ialah Ng Tak Sing dalam acara lompat kijang, Pengiran Aidil Auf Hajam (200 meter), Hanssen Yap Soon Fu (100m), Muhammad Fiross Mohd. Faizal (110m lari berpagar) dan Muhammad Sayyid Amin Roslan (200m). – KOSMO! ONLINE
Atlet bebas pilih Sukma atau Kejohanan Dunia – KOM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Elak Isu 3R Antara Inti Pati MoU, Bersetujukah Perikatan Nasional?
- Mungkin C4 Mahu Latheefa Koya Di Lantik Semula Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
- Kenyataan Faizal Azumu Membuktikan PPBM Ketandusan Pemimpin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.