KDNK suku pertama 2024 dijangka atasi jangkaan awal
KDNK suku pertama 2024 dijangka atasi jangkaan awal
Kuala Lumpur: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2024 yang akan diumumkan pada Jumaat ini dijangka mengatasi jangkaan awal 3.9 peratus yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini, demikian menurut penganalisis.
Kebanyakan penganalisis menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang lebih 4.0 peratus pada suku terbabit berbanding pertumbuhan sebanyak 3.0 peratus yang dicatatkan pada suku keempat 2023.
Jangkaan pertumbuhan yang lebih baik itu dibuat berdasarkan petunjuk output dan aktiviti sektor ekonomi utama yang positif setakat ini.
Pada suku pertama 2024, Indeks Pengeluaran Industri (IPI) dilihat berkembang pantas 3.3 peratus berbanding 0.8 peratus pada suku keempat 2023 berikutan kemajuan dalam pembuatan, perlombongan dan elektrik.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pihaknya menjangkakan pertumbuhan KDNK suku pertama tahun ini pada paras 4.0 peratus disokong perbelanjaan swasta.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Sampai Masanya Muhyiddin & Hadi Berundur
- Punca Kekalahan PN Di PRK Kuala Kubu Baharu
- Parti Islam jenis apa yang akur dan tali barut kepada Kluster mahkamah?
Beliau berkata, pasaran buruh yang kekal stabil dengan kadar pengangguran yang rendah 3.3 peratus bermakna ramai rakyat Malaysia yang mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan.
“Data seperti perdagangan runcit terus meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM62.8 bilion pada Mac berbanding pertumbuhan 5.8 peratus pada bulan yang sebelumnya.
“Selain itu, sektor luaran juga dijangka membantu dengan sektor pembuatan telahpun mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 2.1 peratus pada suku pertama setelah berada di paras negatif bagi suku ke empat dan ketiga pada 2023 berdasarkan pecahan data IPI,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Afzanizam berkata, sektor lain seperti pembinaan, pertanian dan perlombongan juga mencatatkan bacaan yang baik pada suku pertama.
Beliau berkata, jumlah kerja yang disiapkan bagi sektor pembinaan meningkat sebanyak 14.2 peratus pada suku pertama berbanding 6.8 peratus pada suku ke empat 2023.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PM Perikatan Nasional -Tuan Ibrahim kata belum putuskan, Azmin kata sudah.
- Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?
Katanya, pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) meningkat 3.4 peratus pada suku pertama, manakala pertumbuhan sektor perlombongan meningkat 5.9 peratus berbanding 3.7 peratus sebelum ini.
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank (Maybank IB), Suhaimi Ilias, pula berkata pihaknya menjangkakan pertumbuhan KDNK pada suku pertama 2024 berkembang 4.2 peratus.
“Anggaran pertumbuhan KDNK benar suku pertama 2024 kami adalah berdasarkan unjuran pertumbuhan anggaran sebenar lebih pantas berbanding unjuran awal untuk perkhidmatan, pembuatan, pertanian, perlombongan dan pembinaan,” katanya dalam nota satu nota penyelidikan.
BIMB Securities Research juga menjangkakan KDNK berkembang 4.0 peratus pada suku pertama 2024, mengatasi jangkaan awal dengan penggunaan swasta menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan positif pada suku pertama kerana pasaran buruh kekal stabil, kadar pengangguran kekal pada paras pra-pandemik sebanyak 3.3 peratus.
Pasukan penyelidiknya berkata, perbelanjaan juga disokong oleh peningkatan pelancongan dengan ketibaan 5.8 juta pelancong asing pada suku pertama 2024.
“Terdapat tanda-tanda peningkatan dalam permintaan luar pada suku pertama 2024, dengan eksport meningkat sebanyak 2.2 peratus selepas merosot 6.9 peratus pada suku sebelumnya,” katanya.
Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menyemak naik unjuran pertumbuhan KDNK pada suku pertama 2024 kepada 3.9 peratus tahun ke tahun.
Jangkaan ini sepadan dengan unjuran awal DOSM dan ramalan median konsensus, kata bank itu dalam nota penyelidikan semalam.
HLIB berkata, pertumbuhan dijangka didorong oleh prestasi lebih kukuh merentas kebanyakan sektor khususnya sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan manakala sektor pertanian menyederhana.
Dari segi permintaan, ia berkata pertumbuhan dijangka diterajui kebanyakannya oleh penggunaan swasta dan pemulihan dalam aktiviti eksport.
KDNK suku pertama 2024 dijangka atasi jangkaan awal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Elak Isu 3R Antara Inti Pati MoU, Bersetujukah Perikatan Nasional?
- Mungkin C4 Mahu Latheefa Koya Di Lantik Semula Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
- Kenyataan Faizal Azumu Membuktikan PPBM Ketandusan Pemimpin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.