Malaysia wajib benam Iran petang ini
Malaysia wajib benam Iran petang ini
PETALING JAYA – Skuad hoki dalam dewan wanita negara berdepan misi wajib menang ke atas Iran dalam aksi seterusnya yang akan berlangsung petang ini untuk menjamin tempat ke separuh akhir Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024.
Ia susulan kekalahan pertama diraih skuad negara apabila tumbang 1-5 kepada Kazakhstan pada aksi ketiga Kumpulan A yang berlangsung di Kampus Universiti Sukan Kebangsaan Thailand (TNSU), Chonburi, Thailand sebentar tadi.
Ketua jurulatih dalam dewan wanita negara, Mohd. Rodzhanizam Mat Radzi percaya anak-anak buahnya akan bangkit dalam aksi terakhir itu selepas mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang dilakukan ketika menentang Kazakhstan.
“Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik.. Pemain tidak bermain dengan baik berbanding Kazakhstan. Pemain masih melakukan kesilapan-kesilapan mudah dan tidak menterjemahkan kelebihan pukulan sudut penalti kepada jaringan.
“Kelemahan pada perlawanan ini perlu segera kami baiki menjelang pertemuan dengan Iran. Iran juga merupakan pasukan yang mampu memberikan aksi yang baik dan kami tidak boleh memandang mudah terhadap mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Sampai Masanya Muhyiddin & Hadi Berundur
- Punca Kekalahan PN Di PRK Kuala Kubu Baharu
- Parti Islam jenis apa yang akur dan tali barut kepada Kluster mahkamah?
“Penting untuk kami meraih kemenangan pada perlawanan terakhir kumpulan petang ini bagi memastikan peluang cerah ke separuh akhir. Pemain tak boleh ambil mudah dan perlu manfaatkan semua peluang, kalah bukan pilihan yang pasukan mahukan,” katanya.
Gol tunggal skuad negara pula dijaringkan oleh Fazilla Sylvester Silin pada minit ke-28.
Biarpun tewas, Malaysia masih kekal menerajui carta Kumpulan A dengan enam mata hasil dua kemenangan terdahulu, 25-0 ke atas Vietnam dan 12-1 terhadap Oman. – KOSMO! ONLINE
Malaysia wajib benam Iran petang ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Elak Isu 3R Antara Inti Pati MoU, Bersetujukah Perikatan Nasional?
- Mungkin C4 Mahu Latheefa Koya Di Lantik Semula Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
- Kenyataan Faizal Azumu Membuktikan PPBM Ketandusan Pemimpin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.