Maxis catat hasil RM2.2 bilion

Maxis catat hasil RM2.2 bilion

Maxis catat hasil RM2.2 bilion
MAXIS BHD

Kuala Lumpur: Maxis mencatat prestasi suku pertama yang kukuh, dengan hasil perkhidmatan sebanyak RM2.2 bilion, meningkat 3.7 peratus bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.

Perniagaan Pengguna Maxis mencatat pertumbuhan merentas kedua-dua segmen mudah alih dan kediaman, manakala perniagaan Perusahaan Maxis mengekalkan momentum daripada peningkatan dalam permintaan untuk penyelesaian kesalinghubungan selaras dengan penerimagunaan digital yang semakin meningkat.

Ditunjangi oleh pertumbuhan hasil yang kukuh, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat sebanyak 7.4 peratus tahun ke tahun (YoY) kepada RM1.04 bilion dengan peningkatan dalam margin.



Ini menyumbang kepada kenaikan dalam Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak 10.3 peratus kepada RM353 juta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik


“Keutamaan kami adalah untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan memberikan nilai yang lebih baik.



“Dengan pelaburan tertumpu kami dalam rangkaian dan pendigitalan, kami yakin akan dapat terus memenuhi keperluan ketersambungan pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Maxis terus menguruskan perbelanjaan modal (capex) dengan tumpuan terperinci pada penciptaan nilai, melabur RM106 juta pada suku pertama ke dalam pengembangan kapasiti rangkaian, pembinaan gentian dan pendigitalan IT.

“Pendekatan berdisiplin ini adalah komitmen Maxis untuk menyokong pembangunan 5G negara, di mana ia sejajar sepenuhnya dengan keputusan kerajaan mengenai model penyampaian 5G dan bersedia untuk membina rangkaian 5G kedua,” katanya.

Maxis catat hasil RM2.2 bilion


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button