Legenda Man. United gesa lantik Emery
Legenda Man. United gesa lantik Emery
LONDON – Bekas legenda Manchester United, Dwight Yorke memilih Unai Emery sebagai calon paling sesuai untuk mengetuai kelab itu sekiranya pengendali ketika ini, Erik ten Hag dipecat.
Ten Hag kini masih lagi memperjuangkan nasibnya di Old Trafford dengan peluang terakhirnya adalah aksi final Piala FA menentang Manchester City di Stadium Wembley pada 25 Mei ini.
Yorke yakin Emery mampu menjadi individu tepat untuk mengubah nasib dan maruah The Red Devils seperti yang dilakukannya bersama Aston Villa sejak dilantik pada 1 November 2022.
“Villa melalui musim yang hebat dan Emery juga seorang pengurus dengan pengalaman luar biasa. Saya fikir beliau berhak untuk mendapat pujian dan mungkin Manchester United juga perlu lihat kepadanya untuk dilantik sebagai pengurus pasukan selepas ini.
“Beliau memiliki segala ramuan sehingga berjaya melonjakkan Villa ke kelompok empat terbaik. Jadi cuba bayangkan apa yang beliau mampu lakukan bersama Manchester United,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Kerusi, Meja & JAIM, Siapa Yang Bermasalah
- DAP bertambah kukuh dan kuat kerana Mahathir
- Balai Polis Ulu Tiram Di Serang, 2 Anggota Terkorban
PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?
Untuk rekod, musim ini United tidak mampu mencatatkan kemenangan sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah keseluruhan perlawanan dan berdepan beberapa lagi kekecewaan termasuk kegagalan di pentas Liga Juara-Juara Eropah.
Bagaimanapun, agak sukar untuk pengurusan tertinggi United memujuk Emery kerana beliau akan membawa Villa beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Selain Emery, pengurus England, Gareth Southgate dan pengendali Bayern Munich, Thomas Tuchel turut dicanang sebagai calon yang boleh menggantikan Ten Hag. – AGENSI
Legenda Man. United gesa lantik Emery
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Helikopter Yang Bawa Presiden Iran Terhempas
- Isu Penjualan Saham MAHB: Kerajaan Mesti Berikan Penjelasan Yang Jujur
- Gelombang Hijau terbantut ,dijangka malap tidak sampai PRU16.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :