Akaun OCBC eBiz-i digitalkan perniagaan PKS 

Akaun OCBC eBiz-i digitalkan perniagaan PKS 

Akaun OCBC eBiz-i digitalkan perniagaan PKS 
Akaun OCBC eBiz-i direka bentuk supaya boleh dibuka sepenuhnya dalam talian pada bila-bila masa dan di mana saja. – FOTO OCBC

PENIAGA dalam talian dan usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dilihat semakin menerima alat dan teknologi digital bagi menguruskan perniagaan mereka untuk meningkatkan kecekapan dan menjangkau lebih ramai pelanggan.

Akaun perniagaan bersama penyelesaian perbankan digital dilihat menjadi kegemaran kerana ia menawarkan banyak faedah kepada PKS seperti kemudahan, kebolehcapaian dan keberkesanan kos.

Pelbagai faktor, syarat

Bagaimanapun, masih terdapat ramai PKS yang enggan untuk membuka akaun perniagaan atas faktor kos yang dirasakan, kerumitan untuk membuka akaun, ragu-ragu dan dasar kepercayaan terhadap faedah yang bakal diterima.



Malahan, rata-rata penyedia perbankan meletakkan pelbagai syarat untuk membuka akaun perniagaan seperti memerlukan ‘introducer’, deposit permulaan yang tinggi, selain perlu ke cawangan untuk mengisi pelbagai dokumen serta menunggu masa lama untuk kelulusan.

Ramai yang belum sedar bahawa membuka akaun perniagaan menyediakan PKS dengan pelbagai manfaat yang menyokong kestabilan kewangan, pertumbuhan dan keperluan perniagaan.

Penuhi keperluan PKS

Memahami keperluan pemilik perniagaan, OCBC Al-Amin memperkenalkan Akaun OCBC eBiz-i, akaun perbankan perniagaan digital sepenuhnya yang dilengkapi semua kemudahan perbankan untuk PKS bagi memperkasakan perniagaan.

Ia adalah produk perbankan perniagaan digital dan patuh Syariah yang dibangunkan secara khusus sebagai sebahagian daripada keseluruhan pelan hala tuju digital OCBC Al-Amin bagi memenuhi keperluan PKS yang mencari penyelesaian perbankan digital.



Akaun OCBC eBiz-i direka bentuk supaya boleh dibuka sepenuhnya dalam talian pada bila-bila masa dan di mana saja tanpa perlu meninggalkan pejabat, rumah atau hadir ke cawangan bank, sebaliknya hanya memerlukan akses internet dan peranti mudah alih.

Bermula dengan proses permohonan, penyerahan dokumen atau pengesahan identiti, semuanya boleh dilakukan secara dalam talian sepenuhnya tanpa dokumen bercetak melalui platform bantuan kendiri dalam talian yang dijamin selamat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Teresa Kok Terima Ugutan Bunuh




Pihak bank boleh mengenal pasti dan mengesahkan identiti pelanggan menggunakan cara elektronik dalam masa hanya tiga hingga lima minit bagi menggantikan pengesahan identiti secara bersemuka.

Ia secara tidak langsung menggantikan pengesahan identiti bersemuka tradisional yang menyukarkan PKS untuk hadir ke cawangan.

Ciri, manfaat menarik

Untuk membuka Akaun OCBC eBiz-i, pemilik perniagaan hanya perlu mempunyai deposit permulaan serendah RM500.

Selain itu, pemilik perniagaan juga akan dikecualikan daripada yuran penyelenggaraan (tertakluk kepada syarat) apabila mendaftar Akaun OCBC eBiz-i dan menikmati transaksi tanpa tunai untuk pembayaran perniagaan dengan peniaga patuh Syariah apabila menggunakan Kad Debit-i Perniagaan.



Dengan Akaun OCBC eBiz-i, pemilik perniagaan boleh menikmati kemudahan mengurus transaksi mereka dengan kemudahan perbankan digital yang ditawarkan.

PKS boleh menikmati pengalaman perbankan dalam talian sepenuhnya dengan kemudahan seperti OCBC Velocity (platform perbankan internet perniagaan yang memenangi anugerah), aplikasi Perbankan Mudah Alih Perniagaan dan FX Online apabila mereka berjaya membuka Akaun OCBC eBiz-i.

Akaun ini juga menawarkan akses kepada OCBC OneCollect, solusi pembayaran melalui kod QR tanpa tunai yang bukan sahaja membolehkan kutipan bayaran mudah, tetapi juga menjimatkan kos, masa dan memberi jaminan keselamatan kerana PKS boleh menyemak transaksi hanya daripada telefon pintar.

Dengan adanya kemudahan perbankan digital, PKS bukan saja boleh menyelaraskan operasi kewangan, malah meningkatkan kecekapan dan keselamatan aktiviti perniagaan harian serta menawarkan pengalaman perbankan digital yang memudahkan aktiviti kewangan pelanggan dalam landskap perniagaan digital terkini.



Nikmati ketenangan fikiran dengan akaun perbankan perniagaan OCBC eBiz-i yang selaras dengan prinsip Syariah dan dilindungi PIDM.

Daftar Akaun OCBC eBiz-i hari ini

Mulakan perniagaan kompetitif dengan kemudahan, kesederhanaan dan nilai hebat yang ditawarkan Akaun OCBC eBiz-i bagi menikmati kemudahan perbankan digital yang komprehensif seperti yang diterangkan di atas.

Buka Akaun OCBC eBiz-i hanya dengan melayari laman web OCBC Al-Amin.

Akaun OCBC eBiz-i digitalkan perniagaan PKS

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button