Reformasi ekonomi Malaysia berpotensi lonjakkan FBM KLCI kepada 1,700 mata

Reformasi ekonomi Malaysia berpotensi lonjakkan FBM KLCI kepada 1,700 mata

Reformasi ekonomi Malaysia berpotensi lonjakkan FBM KLCI kepada 1,700 mata
BURSA Malaysia. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Agenda reformasi ekonomi kerajaan, yang meliputi penambahbaikan struktur fiskal awam serta pembukaan industri berpertumbuhan tinggi baharu untuk meningkatkan pendapatan negara dan rakyat, telah menjadi tema menarik pelabur ke Bursa Malaysia.

Ini boleh dilihat dengan prestasi modal pasaran Bursa Malaysia yang memecah rekod baharu kepada RM2 trilion kebelakangan ini, manakala indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak sebanyak 161.96 mata atau 11.1 peratus setakat ini daripada paras penutup akhir tahun lalu.

Indeks tersebut secara konsisten telah meningkat kepada 1,616.62 mata, Jumaat lalu, iaitu paras tertinggi sejak Mac 2022.



Penganalisis ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, pasaran saham tempatan memerlukan pemangkin untuk melonjakkan indeks KLCI.

Katanya, KLCI diunjurkan boleh mencecah ke paras lebih 1,700 hujung tahun ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Teresa Kok Terima Ugutan Bunuh




“Bursa saham tempatan meningkat kerana pelabur asing yang sebelum ini tertumpu di New York dan Bursa Saham NASDAQ kini merasakan pasaran modal di Amerika Syarikat (AS) akan menghadapi keadaan tidak menentu.

Prof Dr Barjoyai berkata, aliran masuk pelaburan portfolio asing dijangka berpotensi meningkatkan kadar pertukaran ringgit dengan dolar AS kepada RM4.40 atau lebih baik bagi setiap dolar AS.

Menurut beliau, unjuran terkini pusingan ekonomi menunjukkan potensi KLCI untuk mencapai paras setinggi 1,800 mata pada tahun 2025.

“Prestasi Bursa Malaysia ini perlu dikekalkan, malah kita dapat lihat ia menunjukan prestasi yang lebih baik daripada pasaran saham lain di Asia kecuali Tokyo dan Bandar Ho Chi Minh.



“Selain itu, prestasinya lebih baik daripada NASDAQ, New York, London, Hong Kong dan Shanghai,” tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran saham tempatan menerajui pasaran rantau ASEAN dengan jumlah rekod melebihi 1,000 syarikat tersenarai.

Katanya, terdapat perubahan ketara aliran pelaburan asing ke dalam pasaran saham Malaysia baru-baru ini.

“KLCI juga ketika ini berada di bawah nilai sebenar dan boleh mencecah ke paras 1,680 mata sekiranya nisbah harga perolehan (PE ratio) indeks penanda aras tempatan ini kembali kepada purata jangka panjang.



“Mengikut trajektori positif ekonomi dan pendapatan syarikat, ada asasnya untuk FBM KLCI meningkat lebih kukuh,” katanya.

Selain itu Mohd Afzanizam berkata, komitmen kerajaan terhadap penyatuan fiskal, bersama-sama dengan perubahan dalam dasar cukai dan rasionalisasi subsidi bahan api yang bakal dilaksanakan, akan membawakestabilan kepada ekonomi.

“Mengekalkan momentum penyatuan fiskal berpotensi meningkatkan taraf kredit kerajaan, sekaligus menarik lebih banyak dana asing ke dalam pasaran,” katanya.

Reformasi ekonomi Malaysia berpotensi lonjakkan FBM KLCI kepada 1,700 mata

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button