Skuad beregu enggan ambil mudah cabaran Korea Selatan

Skuad beregu enggan ambil mudah cabaran Korea Selatan

Skuad beregu enggan ambil mudah cabaran Korea Selatan
PASUKAN double Malaysia muncul juara Kumpulan A selepas membenam Brunei di Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

KUALA LUMPUR – Pasukan sepak takraw negara membawa bekalan terbaik ke pentas suku akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas mudah membenam Brunei menerusi kemenangan straight set 15-9, 15-11.

Pada acara double tersebut, gandingan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin ternyata berbisa apabila hanya memerlukan 40 minit untuk mengatasi pasukan Brunei biarpun mengakui ketika ini mereka dalam keadaan tidak sempurna.

Noraizat menjelaskan bahawa rakan senegarnaya, Aidil dilaporkan tidak cergas gara-gara diserang gastrik namun ketua pasukan double negara itu tetap ingin diturunkan agar dapat membantu pasukan negara mencipta kemenangan dan seterusnya muncul juara Kumpulan A.



Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia mengelak berdepan Thailand lebih awal kerana mereka dijadual berdepan Korea Selatan yang muncul selaku naib juara Kumpulan D.

Skuad beregu enggan ambil mudah cabaran Korea Selatan

“Aidil tak sihat sebab dia diserang gastrik dan pada perlawanan tadi dia beraksi dalam keadaaan menahan sakit. Dia berjuang melawan sakit itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Teresa Kok Terima Ugutan Bunuh




“Jika Aidil tidak diturunkan kemungkinan saya main posisi pengumpan. Aidil terkena gastrik tersebut semalam dan keadaanya beransur pulih sekali gus menuntut untuk diturunkan.

“Saya harap dia kekal cergas menjelang aksi suku akhir menentang Korea Selatan esok pagi,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Dalam pada itu, Noraizat berharap mereka tidak melakukan sebarang kesilapan mudah yang mampu menghukum mereka ketika berdepan Korea Selatan pagi esok.



“Saya harap kita mampu memberikan terbaik dan tidak melakukan sebarang kesilapan mudah dan buang mata menerusi servis. Kita tahu, Korea merupakan pasukan terbaik dan kita tidak boleh padang mudah keupayaan mereka esok,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Skuad beregu enggan ambil mudah cabaran Korea Selatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button