Anak hina bapa sebab tak beli Iphone

Oleh – Syeikh Baran


Anak hina bapa sebab tak beli Iphone
Tangkap layar gadis itu memarahi ayahnya yang tidak membeli Iphone. – BAIDU

Perbuatan seorang gadis yang sanggup memalukan bapa sendiri di khalayak ramai hanya kerana tidak membelikannya telefon pintar  iPhone menjadi tular di media sosial, lapor akhbar South China Morning Post semalam. 

Rakaman kejadian dimuat naik oleh seorang pejalan kaki bernama Zhong yang berada di lokasi kejadian sekitar Taiyuan, wilayah Shanxi pada 4 Mei lalu. 



Zhong berkata, perbualan dua beranak itu sangat kuat sehingga dia mendengar jelas butirannya. 

Gadis itu menjerit sambil menghina bapa kandungnya. Dia berbuat demikian kerana lelaki itu gagal memenuhi permintaannya untuk memiliki iPhone seperti rakan-rakan lain. 

“Ibu bapa lain boleh membelikan anak mereka iPhone. Kenapa awak tak ada duit?,” kata gadis itu. 

Si bapa melutut sambil menggelengkan kepala dan meminta maaf kepada anaknya kerana gagal menunaikan permintaan itu. 



Rata-rata netizen mengecam tindakan gadis itu, namun ada yang mengkritik lelaki itu kerana gagal mendidik anak perempuannya dengan wajar.

“Anak-anak terlalu mementingkan keselesaan sendiri tetapi tidak menghiraukan kesusahan ibu bapa. Ini adalah tragedi dalam masyarakat hari ini!” kata seorang netizen. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button