Ketua polis turun padang, tampal jalan guna wang sendiri

Oleh – Syeikh Baran


Ketua polis turun padang, tampal jalan guna wang sendiri
Ratno menggunakan wang miliknya sendiri untuk membaiki jalan. – YouTube/Medcom

Gara-gara kecewa dengan keadaan jalan yang rosak dan tidak pernah dibaiki, seorang ketua polis tempatan di Bengkulu Utara, wilayah Bengkulu bertindak menampal jalan dengan kudratnya sendiri, lapor laman berita Medcom semalam.

Ketua Polis Padang Jaya, Inspektor Polis Satu Ratno menjadi perhatian ramai selepas klip  video beliau menampal jalan tular di media sosial Indonesia. 



Ratno menggunakan duit sendiri untuk membeli bahan seperti batu, pasir serta simen untuk membaiki jalan raya berlubang dan rosak.

Jalan di daerah tersebut dikatakan tidak pernah dibaiki oleh pihak berkuasa tempatan sehingga menyebabkan banyak kemalangan berlaku.

Menurut Timbalan Ketua Polis Bengkulu Utara, Komisioner Polis Kadek Suwantoro, ini bukan kali pertama Ratno membaiki jalan rosak, sebaliknya beliau berkali-kali berbuat demikian sejak setahun lalu.

Katanya, Ratno kecewa melihat banyak jalan berlubang di daerah Bengkulu Utara yang kerap menjadi punca nahas jalan raya terutamanya melibatkan pelajar. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button