Padah tumbuk, ugut bunuh tunang, lelaki didenda RM4,200
Oleh – Syeikh Baran
Seorang lelaki didenda sebanyak RM4,200 di Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah menumbuk serta mengugut tunangnya dalam kejadian di Rembau, minggu lalu.
Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, berasal dari Puchong, Selangor, membuat pengakuan berkenaan sebaik dua pertuduhan dibacakan secara berasingan dihadapan Majistret, Kartini Kasran.
Kedua-dua perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi, di dalam kenderaan berhadapan sebuah restoran makanan segera Pekan Rembau, 17 Mei lalu.
Terdahulu tertuduh yang bekerja sebagai live-host media sosial melalui peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Syuhada Mohd. Isa memohon agar hukuman diringankan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi dalam hujahannya memohon agar mempertimbangkan faktor hubungan antara tertuduh dan mangsa.
Sumber – KOSMO! ONLINE