1MDB: Saksi akui tidak rujuk dokumen penting berkaitan pinjaman

Oleh – Syeikh Baran


1MDB: Saksi akui tidak rujuk dokumen penting berkaitan pinjaman
Datuk Seri Najib Tun Razak

Saksi pendakwaan ke-49 yang merupakan Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui beliau tidak pernah merujuk beberapa dokumen berkaitan pinjaman AS$975 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pinjaman jumlah sama dari sebuah bank luar negara.

Walaupun tidak pernah merujuk dokumen-dokumen terbabit, Penguasa Kanan, Nur Aida Arifin berkata beliau mengetahui bahawa Najib telah menandatangani dokumen tersebut berdasarkan soal siasat yang dijalankan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd. Hazem Abd. Rahman.



Dokumen-dokumen yang dinyatakan antaranya membabitkan Resolusi Pemegang Saham Keutamaan (Special Shareholder’s Resolution) dan Resolusi Ahli (Member’s Resolution) selain
bersetuju dengan cadangan peguam bela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin yang mewakili Najib bahawa dokumen-dokumen itu penting dalam kes pendakwaan.

Pada masa sama, Nur Aida juga bersetuju bahawa terdapat perbezaan di antara tanda tangan Najib dengan tanda tangan yang didakwa milik Najib dalam dokumen-dokumen terbabit.

Pada perbicaraan sebelum ini, Mohd. Hazem memberitahu beliau hanya mengetahui mengenai pinjaman tambahan dari Deutsche Bank AG, Singapura apabila menerima e-mel dari ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Pinjaman oleh anak syarikat 1MDB sebanyak AS$975 juta adalah bagi membeli semula saham 1MDB di dalam Aabar Investment PJS pada 2014.



Dalam pada itu, Nur Aida tidak bersetuju dengan cadangan peguam, Hazem dan bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir telah bersengkongkol untuk menipu Najib dan rakyat Malaysia.

Beliau juga tidak bersetuju bahawa Hazem dan Azmi telah bertindak mengumpul dana bagi pelaburan di Brazen Sky Limited bagi mengaburi Najib dan orang awam bahawa pelaburan terbabit boleh ditebus semula.

Hari ini merupakan prosiding kali kedua dibuat pada hujung minggu.

Najib sedang dibicarakan atas empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.



Perbicaraan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequarah bersambung lagi Isnin ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button