Mengaku serang bapa 74 tahun guna kerusi sampai cedera

Oleh – Syeikh Baran


Mengaku serang bapa 74 tahun guna kerusi sampai cedera
AHMAD Zikri (kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas pertuduhan mencederakan bapa kandungnya minggu lalu.

Lelaki yang ditahan sebelum ini kerana mencederakan bapa kandungnya menggunakan kerusi plastik dalam kejadian di Gerik Khamis lalu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini.

Tertuduh, Ahmad Zikri Harun, 35, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas bapa kandungnya berusia 74 tahun dengan menggunakan sebuah kerusi plastik iaitu alat yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang mungkin menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Batu 3, Jalan Kuala Rui di Gerik pada pukul 8 malam, 23 Mei 2024.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button