Adakah Wakil Sultan Pahang Akan Di Panggil Mahkamah Untuk Menyelesaikan Isu Titah Adendum?

Isu Tahanan Rumah DS Najib Jabatan Peguam Negara Bantah Afidavit MB Pahang

Adakah Wakil Sultan Pahang Akan Di Panggil Mahkamah Untuk Menyelesaikan Isu Titah Adendum?

 

Jabatan Peguam Negara dilaporkan telah menghantar surat kepada mahkamah bertarikh 23 Mei, membantah permohonan DS Najib untuk memasukkan afidavit Wan Rosdy ke dalam prosiding.

Alasan yang dikemukakan adalah kerana permohonan DS Najib untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memasukkan afidavit tambahan tersebut dibuat sangat lewat.



Peguam responden berhujah bahawa Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tidak membenarkan pemfailan lewat sedemikian.

Terutamanya apabila mahkamah sivil telah mendengar hujahan lisan pihak-pihak terlibat pada 17 April lepas.

Malah mahkamah telah menetapkan 5 Jun untuk memutuskan sama ada DS Najib boleh mendapatkan kebenaran untuk meneruskan semakan kehakiman itu.

Sekiranya mahkamah memberikan kebenaran, tarikhnakan ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan DS Najib mengenai merit tindakan undang-undang.



Afidavit Wan Rosdy Mengukuhkan Bukti Kewujudan Titah Adendum

 

Sebelum itu, Wan Rosdy telah memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan DS Najib menjalani tahanan di rumah.

Dalam afidavit berkenaan, Wan Rosdy berkata dia telah diberitahu mengenai kewujudan titah adendum Di Raja tersebut.

Ianya supaya DS Najib menghabiskan baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.



Beliau juga berkata bahawa beliau dimaklumkan mengenai titah Di Raja itu oleh Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 30 Januari.

“Tengku Zafrul telah memberitahu bahawa YDP Agong XVI telah pun keluarkan keputusan permohonan pengampunan (keputusan pertama).”

“Iaitu mengurangkan perintah penjara sebanyak 50 peratus dan hukuman denda pula kepada RM50 juta sahaja.”

“Kedua, dengan terbit keputusan pertama, YDP Agong XVI telah mengeluarkan satu lagi perintah (perintah adendum).”



“Yang memerintahkan supaya pemohon menjalani dengan serta merta hukuman penjaranya di dalam keadaan di rumah kediaman pemohon dan bukan di mana-mana penjara.”

“Selepas dimaklumkan mengenai dakwaan titah adendum itu, dia kemudian menghadiri mesyuarat dengan beberapa pemimpin UMNO lain di rumah DS Zahid Hamidi.”

“Perkara itu ada dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut.”

“Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Johari Ghani, Ahmad Maslan dan Azalina Othman Said,” ujar Wan Rosdy.



Dari 2 afidavit yang telah difailkan, jelas kepada kita titah adendum tersebut sememangnya wujud.

2 persoalan yang cukup besar adalah di mana atau siapakah yang menyimpan titah adendum tersebut sekarang ini dan mengapa ianya tidak dipatuhi?

Adakah wakil Sultan Pahang akan dipanggil oleh mahkamah untuk beri keterangan bagi merungkai persoalan tersebut?

 



Adakah Wakil Sultan Pahang Akan Di Panggil Mahkamah Untuk Menyelesaikan Isu Titah Adendum?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button