Leclerc tamat badi tawan GP Monaco
Leclerc tamat badi tawan GP Monaco
MONTE CARLO – Impian Charles Leclerc untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) di halaman sendiri akhirnya menjadi kenyataan apabila pemandu Ferrari itu berjaya mengungguli Grand Prix (GP) Monaco awal pagi semalam.
Ia sekali gus menyaksikan Leclerc, 26, mencipta sejarah baharu selepas kali terakhir pelumba Monaco berjaya melakukannya ialah menerusi Louis Chiron pada 1931.
Leclerc melintasi garisan penamat dengan kelebihan tujuh saat terhadap Oscar Piastri dari McLaren yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua sementara seorang lagi pelumba Ferrari, Carlos Sainz meraih tempat ketiga.
“Tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaan ini. Ia satu perlumbaan yang begitu sukar. Lebih-lebih lagi ini adalah kali kedua saya memulakan perlumbaan di sini di petak utama.
“Saya tidak mampu untuk menjadikan perlumbaan ini lebih bagus lagi kerana kejayaan ini sangat bermakna. Saya akhirnya berjaya merealisasikan impian ketika mula-mula menjadi pemandu F1.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dalil Hard Rock Dengan The Rock Dah Jumpa Tapi Dalil Black Rock Tak Jumpa Lagi
- PAS Mula Tunjuk Taring Kepada PPBM
Apa Pula Alasan Muhyiddin Untuk Elak Di Cabar Dalam Pemilihan PPBM September Ini
“Jujurnya perlumbaan ini sangat sukar terutamanya dari segi emosi. Saya berdoa dan benar-benar mengharapkan tiada apa-apa akan berlaku dari 15 pusingan terakhir lagi,” kata Leclerc.
Pendahulu kejuaraan, Max Verstappen dari Red Bull yang memenangi perlumbaan di Monaco tahun lalu, melintasi garisan penamat di tempat keenam.
Lebih malang, ini adalah kali ketiga dalam lapan perlumbaan juara dunia tiga kali itu tewas musim ini. – AGENSI
Leclerc tamat badi tawan GP Monaco
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pegawai Penyiasat SPRM Setuju Jho Low Dalang Skandal 1MDB
- Adakah Wakil Sultan Pahang Akan Di Panggil Mahkamah Untuk Menyelesaikan Isu Titah Adendum?
- MB Pahang Wan Rosdy Fail Affidavit titah tambahan YDPA