Pegawai Penyiasat SPRM Setuju Jho Low Dalang Skandal 1MDB

Pegawai Penyiasat SPRM Setuju Jho Low Dalang Skandal 1MDB

Pegawai Penyiasat SPRM Setuju Jho Low Dalang Skandal 1MDB

 

Pegawai penyiasat SPRM, Nur Aida Arifin, setuju dengan pasukan pembelaan DS Najib bahawa Low Taek Jho (Jho Low) bertindak sebagai dalang (puppet master) dalam skandal 1MDB.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguambela, Shafee Abdullah dalam perbicaraan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.27 bilion terhadap DS Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Shafee: Anda kata Jho Low main peranan utama yang aktif dalam mengatur operasi 1MDB, adakah maksud anda macam permainan catur atau puppet master?

Nur Aida: Betul.

Shafee: Anda kata Jho Low macam puppet master (dalang)?

Nur Aida: Dia catur (buat percaturan).



Shafee: Anda faham permainan catur?

Nur Aida: Ya.

Shafee: Anda kata dia kawal 1MDB?

Nur Aida: Ya.



Dalam perbicaraan sebelum ini, pihak pendakwaan berhujah Jho Low adalah cerminan DS Najib dan dia memberi arahan kepada anggota pengurusan 1MDB.

Namun, pasukan pembelaan berkata DS Najib tidak tahu-menahu berkenaan penyelewengan dalam syarikat itu.

Dan sebarang salah laku didalangi Jho Low dan anggota pengurusan yang lain.

Pada September 2019, ketika perbicaraan di depan hakim Collin Lawrence Sequerah, bekas pegawai khas DS Najib, Amhari Efendi Nazaruddin dalam keterangannya berkata Low bertindak seperti seorang puppet master.



Amhari berkata, Jho Low berkeupayaan untuk meletakkan orang-orangnya di pelbagai peringkat untuk memastikan tujuannya dapat dicapai.

Dengan perkembangan terkini kes 1MDB yang melibatkan DS Najib, timbul pertanyaan, sekiranya Jho Low adalah dalang, mengapa DS Najib pula yang dibicarakan?

Lebih menghairankan lagi, DS Najib seorang mantan perdana menteri kena berhadapan dengan pelbagai tuduhan.

Tetapi the actual culprit hidup dengan bebas dan mewah di luar negara dengan duit haram yang dicuri dari 1MDB.



 

Pegawai Penyiasat SPRM Setuju Jho Low Dalang Skandal 1MDB

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button