Subsidi Bersasar RON95 Akan Masuk Ke Dalam Akaun Penerima?

Subsidi Bersasar RON95 Akan Masuk Ke Dalam Akaun Penerima

Subsidi Bersasar RON95 Akan Masuk Ke Dalam Akaun Penerima?

 

Sinchew Daily melaporkan, subsidi minyak RON95 akan dimasukkan ke dalam akaun pengguna yang layak berdasarkan maklumat Pangkalan Data Utama atau PADU.

Walau pun dikatakan kerajaan belum memutuskannya, namun ianya dikatakan cadangan yang besar kemungkinan akan dilaksanakan.



Apabila rasionalisasi subsidi dilaksanakan, maka harga semua bahan api yang dijual di stesen minyak akan diapungkan mengikut harga pasaran.

Rakyat tidak perlu menunjukkan kad pengenalan atau kad minyak semasa mengisi bahan api, tetapi akan menerima sejumlah subsidi dalam akaun secara bulanan.

Dianggarkan sebanyak 80 peratus pengguna iaitu golongan B40 dan M40 akan terus menikmati subsidi minyak, tetapi T20 tidak lagi menerima manfaat tersebut.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel, tetapi hanya melibatkan pengguna di Semenanjung.



Keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan harian.

Bukan penulis bersikap skeptikal, tetapi timbul persoalan, sekiranya ianya benar-benar mahu dilaksanakan, apakah ianya adalah kaedah yang terbaik?

Bagaimana pula dengan kumpulan yang ketinggalan mendaftar dengan PADU atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan?

Apakah ada langkah tambahan yang akan diambil oleh kerajaan supaya golongan ini tidak tercicir dari mendapat subsidi?



Atau mereka akan dibiarkan keciciran dan terpaksa menanggung kos kehidupan yang lebih tinggi kerana kenaikan harga bahan api tersebut?

Jangan lupa, sebelum ini dikatakan hampir 20 peratus rakyat Malaysia tidak mendaftar dengan PADU atas sebab-sebab tertentu?

Penulis juga tidak mengatakan cadangan tersebut adalah cadangan yang tidak bagus.

Tetapi sebagaimana bagus pun cadangan, kerajaan mesti bersedia dengan beberapa kaedah tambahan untuk memastikan ianya berkesan.



 

Subsidi Bersasar RON95 Akan Masuk Ke Dalam Akaun Penerima?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button