Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan
Zayn Rayyan.

Pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai, Disember lalu, ditahan hari ini.

Difahamkan kedua-dua individu itu ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira pukul 11 pagi tadi.



Bagaimanapun butiran berkaitan penahanan terbabit belum diperoleh setakat ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berkaitan tangkapan.

Jelasnya, kedua-dua individu tersebut akan direman esok.

7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.



Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan dengan jenayah.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button